Isnin, 17 Januari 2011

:')

Maaf, ini luahan hati aku.

Demi Tuhan, tidak pernah ada sekelumit dendam pun terhadap kau. Kau tahukan, manusia ini tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan dan itulah aku.

Aku terus-terusan menyakiti hati kau tanpa aku sedar sampai satu saat ia akan menyeksakan aku, dan saat itu telah terbukti bahawa aku terseksa dengan keputusan kau.

Demi tuhan, aku redha. Redha dengan apa yang berlaku. Sebab aku tahu ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Setiap cinta yang kau hulurkan, aku ucapkan terima kasih dan setiap luka yang aku toreskan dihati kau, izin maafkan aku.

Dan setiap hinaan yang kau lempar kan terhadap muka ini, sudah lama aku kuburkan kata-kata itu jauh di dalam hati ini. Cukuplah, aku tidak mahu menambah kesedihan aku dengan kata-kata itu. Terlalu pedih.

Moga kita sama-sama menjadi insan yang berguna dan tidak lalai terhadap Pencipta :)
DIA yang menjadi kan kita sepertimana sekarang :)

Kepada orang yang pernah memiliki hati ini, Aku cinta engkau. sepenuh hati.

4 ulasan:

Wanie Affandi berkata...

indah!bahasa yang indah!

Farah Yusuf berkata...

wanie : terima kasih wani, tapi tidak seindah penulis diluar sana :)

ejulz berkata...

sabar2.. ada jodoh x kemane.. :)

Farah Yusuf berkata...

ejulz : oh tidak, saya tidak mengharap kan dia lagi, ini sekdar luahan :)..ckuplah kami teruskan hidup kami masing2 :)