Khamis, 24 Februari 2011

Hai semua

Hehe, sorry. lama betul x update. Bukan apa, minggu ini agak suntuk masa. Nak on9 pun susah. Kelas pun packed. Aku pun pelik, kenapa la terlalu busy.

Oh, terlupa aku ada test math this saturday. So, utuk pengetahuan semua. COP ! bukan nak bajet nak cakap aku aku study, tapi cuma nak cakap all the time aku duduk dengan buku maths dan mengadap nombor. HAHA

Tapi sumpah, kalau habis kelas atau malam, mesti aku buat soalan-soalan dalam buku. Bukan apa, sekarang Business Math dah tukar lecturer dan Puan memang gempak habis. Sebab ? Sekali dia ajar dah memang boleh faham. Alhamdullilah.

Tak de dah terkapai-kapai macam sem lepaskan. Bahagia betul sekarang. Quiz pun selalu dapat highest. *Konon. HEHE. Begitu lah busy aku. Tidur pun agak awal. Tepat 12 a.m. mesti dah panjat katil dan tidur. Badan penat kot satu hari ke hulu ke hilir.

Tapi apa-apa pun. Test nih aku mesti score :)

Sabtu, 19 Februari 2011

Lumrah

Ekyn dan aku pernah berbual satu perkara :


Ketika itu kami penat, tapi Siti minta tolong drive sebab dia nak beli barang kat Giant dan aku pun sanggup la memandangkan barang tu penting. Untuk persediaan Mock Meeting. Dan sambil tunggu Siti, kami duduk satu tempat bagi hilangkan rasa penat. Dan masa itu aku termenung, spontan aku tanya Ekyn.

Aku: Kenapa hah, lelaki senang cari cinta lain. Sedangkan dulu dia sayang kita separuh mati.

Ekyn: Huh? HAHA, asal doe tanya camtuh. Memang lah, sebab tuh Allah jadikan lelaki
dibenarkan kahwin EMPAT.Hati mereka begitu senang kan.

Aku: Haha, kenapa bodoh sangat tak boleh fikir macam tu.Kan best kalau hati aku pun
senang cari orang lain kan.

Ekyn: Setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya muni. Same cam aku dan kita sama jer kan.
Kekalkan macam ini, kita bahagiakan, buat masa sekarang kita x perlu mereka.
Sampai satu masa, akan ada orang berhak untuk memiliki hati kau.

Aku: *terkedu.

Dan, siti call tanya kitaorang kat mana.
***********************************************************************************

First, pesanan untuk semua orang. Sebanyak mana lelaki sayang kita, sekali mereka tinggalkan kita. Mereka mampu berdiri dengan tegaknya dan dengan senang hatinya, Hati mereka terisi dengan bunga lain. Dan hakikat itu kamu semua kena terima.

Dan, itulah lumrah yang aku ingin sampaikan. Hati mereka senang. Jangan terpedaya.



p/s: Alhamdullilah, hati aku makin okay disebabkan seseorang. Terima kasih.

hehe

Jumaat, 11 Februari 2011

kesabaran

Hari makin hari, hati aku makin tidak boleh sabar. Ya, aku perlukan kesabaran untuk lalui semua ini.

Manusia sini sana tidak berpuas hati dan fikir mereka lah terbaik, padahal semua sama. Yang tahu hanya ingin enjoy.

Tak pe, selagi aku boleh sabar aku sabar.

Isnin, 7 Februari 2011

Penyakit

Dua tiga menjak ini, aku ada penyakit. Aku tidak dapat tidur dengan lena. Yang pelik, aku penat gila. Tak rehat satu hari pun, tapi tetap tak dapat tidur.

Bukan apa, tidak baik untuk kesihatan aku. Tambahan pula, nanti tak dapat focus dalam kelas. Haih, kuciwa betul dengan diri sendiri.

Dah cuba macam-macam, tapiiii.......phm2 jerla. Btw, esok saya ada quiz Introduction to Business, ok, saya hanya berharap saya boleh jawab. Wish me luck :)

Sabtu, 5 Februari 2011

Kuat

Kadang-kadang tengok orang merana kerana cinta, rasa sedih pula. Yelakan, aku pernah merasa dan aku pasti semua orang pernah rasai semua perkara itu. Sampaikan seseorang boleh tiada perasaan kerana cinta.

Kesian kan? Tapi apakan daya. Kita, diri sendiri yang pilih jalan itu. Kita tahu jalan itu akan cucuk hati kita sampai menjadi pedih tapi masih juga teruskan di jalan itu.

Tapi, pedih buat kita belajar sesuatu. Kita belajar dari kesilapan. Dan dari situ, kita menjadi lebih baik dan terbaik.

Hanya satu kau perlu pegang dalam hidup kau " What doesn't kill you, make u stronger "

Semoga Berjaya :)

p/s: Masih banyak kita perlu kejar dalam hidup, lupakan seketika soal ini :)

Jumaat, 4 Februari 2011

Hak

"Aku tiada hak untuk cemburu, aku sedar siapa aku "

Cepat2 Update

HAPPY CHINESE NEW YEAR :)


Besok da balik terengganu, akan rasa balik gempa bumi. Memang x dpt tidur la kan. Memandangkan tiket bas habis, saya akan balik dengan cousin saya. Naseb baek tempat dia belajar dekat jer dengan tempat saya, so tumpang la kereta dia.

Ok, bye. Nak settlekan semua kerja yang terbengkalai.


XOXO, Farah

p/s:mata saya baru sembuh, nampakkan wrinkle teruk gila, gara-gara bengkak.-__-"

Rabu, 2 Februari 2011

Tagged

i've been tagged by cik wawa abdullah. Thanks for the tag ok :)


Lets go

"Once u have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random random, things, fact, habits or goal about you at the end, choose people to be tagged you have to tag the person who tagged. if i tag you, its because i want to know more about you, your cooperation is highly appreciated."

  1. Nama penuh Murni Farhanim Bt Yusuf, but family pnggil Farah. jgn tnya kenapa. diri sendiri x tau.
  2. saya 19. masih muda dan kuat :)
  3. sedang menuntut di UiTM Kuala Terengganu Chendering
  4. Merupakan anak ke tujuh dari tujuh adik beradik
  5. wakil sekolah bola jaring. amat meminati bola jaring,since sekolah rendah lagi wakil sekolah.
  6. Mempunyai rambut yang teramat panjanggggggg dan perang. terasa ingin potong tp sayang la
  7. sangat addicted dengan chocolate cadbury plus byk sgt kenangan dengan coklat tuh :')
  8. single but my heart is not available :)
  9. i really love someone and really hope that he will come back:')
  10. terlalu ingin kurus sampaikan snggup x mkn nasi:D
  11. x boleh hidup tanpa lappy
  12. sangat2 meminati warna kuning sebab ia menyerlahhh !
  13. sukakan pantai. pantai merupakan tempat aku melepaskan perasaan
  14. Suka menghabiskan duit dengan beli barang hiasan
  15. teramattt SUKAAAA KAN SHAWLLLL :D
  16. Suka gelak kuat dan x kesa apa orang nak kata
  17. agak beperangai macam lelaki tp hati still perempuan ok:)
  18. tidak berpendirian tetap
  19. sangat degil dan keras kepala
  20. amat sayang akan kawan-kawan aku
  21. terlalu inginkan teddy bear* sejak umur meningkat tiba-tiba gedik nak teddy bear..haihh
  22. suka lepak
  23. amat suka tidurrr kadang-kadang sampai kan x pergi kelas gara-gara overslept
  24. Benci dengan perangai sendiri
  25. Teringin sangat berubah menjadi yang lebih baik. buang segala perangai negative tp still mampu :(
DONE :)


saya tag:

ct niesa
gieyha nordine
kak tnoe
asmaq bukhari
ina hishamuddin
farah wayz
ekyn adr
fatin yana
april ismail
Mirul azimi

.

Bila ingat balik, seksanya dulu. Tp bila fikir balik teringin nak kembali masa dulu. Ya, jangan kau pandang belakang. Tp yang belakang itu selalu menghantui aku.

Betapa ingin rasa kembali masa dulu. Tapi itu sudah mestilah mustahil. Yang kita mampu lakukan hanyalah mengenangkannya.

Tapi orang pula mengatakan kenang benda lama tidak elok, nnti makan diri. Jadi, bagaimana ? bagitau aku agar aku mampu lupa semuanya :)