Selasa, 30 Ogos 2011

Happy Raya

Saya Murni Farhanim Bt Yusuf ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Mohon Maaf Zahir dan Batin
Izin maafkan segala salah silap yang telah saya lakukan terhadap semua
secara sengaja atau tidak sengaja
Sesungguhnya memaafkan manusia merupakan sifat yang mulia :)

Isnin, 29 Ogos 2011

Hati

Berbicara soal hati. Kebiasaannya hati betul. Hati mengatakan apa yang kita inginkan. Ya, hati aku sejujurnya bahagia.

Hati aku merasa sangat bahagia. Dan hati aku tidak pernah lupa untuk mengucapkan Alhamdullilah kerana ini kurniaan Allah.

Hati aku sentiasa berwaspada agar tidak lari dari landasan yang benar. Hati ni teramat-amat bersyukur.

Apa lagi yang mampu aku lakukan selain berdoa moga-moga ini kekal dan aku tabah hadapi segala cabaran yang bakal aku lalui :')

Wahai hati, moga kau terus jujur dan jangan sesekali kau cuba menyembunyikan apa yang kau rasa :')

Isnin, 22 Ogos 2011

Setapak dan bahagia terasa.

Dulu x ingin selangkah pn aku berjalan untuk teruskan hidup. Siang malam mata ini selalu mengeluarkan air yang sangat berharga. Tapi sayang tiada orang yang menghargainya.

Siang malam berdoa agar hati ini sembuh, sembuh dari segala kesakitan yang dialami dan Alhamdullilah Allah S.W.T makbulkan doa biarpun mengambil masa setahun.

Dan cahaya datang, aku ragu2 samada terima atau tidak. Ya, aku ragu. Tapi disebalik keraguaan terselit sedikit bahagia yang datang tanpa diduga.

Ya, aku terima dengan yakin. Yakin dengan cahaya ini mampu membimbing aku ke arah yang betul. Dan Alhamdullilah.

Bibir aku, hati aku tidak pernah lekang dengan perkataan Alhamdullilah kerana aku rasa sangat bersyukur dengan kehadiran cahaya yang indah ini.

Dan aku mengambil langkah setapak, aku mula rasa indahnya bahagia itu. Semoga ia sentiasa kekal. Segala dugaan akan ku tempuhi dengan tabah dan sabar.

Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Adil. :')

Alhamdullilah dan Alhamdullilah segala kurniaanMU :')

Khamis, 11 Ogos 2011

Perempuan

Perempuan, demi nama yang sangat indah ini. Tunjukkan lah kau seorang yang kuat. Tunjukkan lah bahawa tiada siapa yang mampu menjatuhkan kau.

Perempuan, kau seorang yang tinggi darjatnya. Kekal ketinggian darjat itu. Letakkan betapa bernilainya diri kau perempuan.

Perempuan, mmg hati kau lemah tapi bukan untuk disakiti oleh seorang yang bernama lelaki. Hanya yang satu berhak untuk hati kau.

Dan perempuan, kau merupakan seorang yang sangat tabah biarpun kau disakiti berulang kali. Semoga terus tabah perempuan. Tabah itu sebati dalam diri kau.

Sekian,

Isnin, 8 Ogos 2011

Mom is the best

Truth is, I miss my mom so freaking much,
Tambah-tambah lagi bulan Ramadhan, teringin nak bagun pagi dan sahur dengan Ma.
Pastu bukak puasa sama-sama like we did when I was in form 3.
And yes I miss you so much.
You are the best mom that I ever love.
Saya cinta Ma Saya :)

Selasa, 2 Ogos 2011

Extremely busy

Hai semua, sperti yang kita ketahui, kita telah pun masuk bulan Ramadhan iaitu bulan yang sangat mulia. Sempena bulan yang penuh dengan keberkatan aku ingin mohon maaf segala salah silap yagn pernah aku lakukan. Izin maafkan aku. Semoga kita semua dapat beribadah dengan sempurna di bulan yang mulia ini.

Ok, bulan puasa ini, kerja aku sangat banyak dan aku sangat sibuk. Dalam masa 3 minggu aku kena siapkan 3 assignment dan perlu study untuk menjawab segala test dan quiz bagai. Sangat syok. Sebab itu aku jarang update dan jarang on9. Baikkan sekarang.-__-




Layan jerlaa. You can see eyebag kat mata, sgt teruk.