Jumaat, 22 April 2011

Kurang selesa

Alhamdullilah, satu kertas dah lepas. Dan alhamdullilah aku dapat jawab dengan tenang dan yang paling penting aku tersenyum sambil jawab kertas Business. Apa yang aku jangka memang betul keluar dan x sia-sia usaha aku.

Next paper is CTU, ok yang ni lemah sikit. Sebab dia lebih kepada sejarah. Dan korang tau kan aku ni lemah sejarah since dulu lagi. Tapi x pe la demi nak A aku kena juga hilang bosan aku terhadap sejarah. Just wish me luck:)

Dan tinggal empat kertas lagi dan aku x sabar nak keluar dari kampus ni. I mean untuk sebulan. Aku nak tenangkan otak aku. Banyak sgt benda yang aku x expcet berlaku. And yes, ada sedikit perasaan sedih tapi still juga act like nothing happen. Kata kuat, so kena tunjuk kuat la kan.

Dan begitullah, perasaan x sabar melompat di dalam hati. HEHE. X sabar nak tunggu 30/4/2011.
Semester dua akan tamat, dan saya merasa sedikit sebak :')

Isnin, 18 April 2011

Unpredictable

Kadang-kadang aku tak pernah sangka yang aku pernah bersama kau. Dua tahun kita saling melengkapi satu sama lain. Kadang-kadang aku rasa baru tersedar dari mimpi, apa yang kita lalui itu hanya ilusi semata-mata.

Dari pertemuaan yang tidak di jangka yang di sangka mungkin berakhir di situ tapi masih bertemu lagi di alam maya. Ya, kita cuba mengenali satu sama lain, dan tanpa di pinta timbul perasaan yang kita sendiri tidak pasti. Dan sejak itu, kita semakin rapat, kau mula mengambil berat.

Pada mula aku tak pernah menghargai kau. Aku hanya anggap kau permainan, tapi lama kelamaan kau yang aku anggap permainan bertukar menjadi seorang yang teramat penting. Aku mula takut kehilangan kau.

Perasaan takut itu menjadi kenyataan, kau pergi tanpa ucap selamat tinggal. Dan aku redha dengan perpisahan ini. Perpisahan membantu aku agar terus kuat. Dan kau nak tau tak banyak pengajaran aku pelajari. Dan yang paling utama, aku suka dengar perkataan ini

"Benda yang aku ludah, x akan aku jilat balik."

Aku mula berpegang pada ayat ini. Terima kasih.




Final

Semua orang tengah serabut sebab final dah dekat. Eh pembetulan, lusa da startkan? Paper aku start hari khamis ini. Aku agak rasa sedikit cuak walaupun study bagai nak mati, perasaan itu x pernah nak lari.

Ala, biasala kan kalo cuak. Bukan nak mati pun. Orang kata lumrah time kau nak hadapi peperiksaan. Ok, expectation aku kali ini agak tinggi sebab aku fikir aku deserve untuk dapatkan terbaik. Kalo sebelum ni aku rasa memadai sebab aku memang x study

Tapi kali ini, i only sleep 4 hours a day. And yes, thanks to RED GUARA sebab tahan mata aku sampai lebam nak mati. Da macam kena tumbuk. Tapi kan serius, coffee ni menjadi. The best part coffee tuh baek untuk gastrik. So korang x kan sakit perut kao minum pun.

So, selamat berperang lah buat kawan-kawanku yang bakal menghadapi peperiksaan. Wish all of you the best. I Love You :)


Bandar-Teluk Ketapang-Giant

Tak nak cakap banyak, cuma nak cakap haritu sangat bosan so kami keluar cuci mata :). Biar gambar menceritakan yang kami suka bergambar :)










Ahad, 3 April 2011

Awok-awok semua :P

Hehe, hari ni kan, kita kan pergi Perpustakaan Kuala Terengganu. Kita pun x tau kenapa kita nak pergi, kita ikut member kita jer. Dia nak study katanya. Kita pun tiba-tiba terfikir nak buat assignment. Kita pun bawak lah laptop. Sampai jer sana kita terus buat assignment Business Plan dengan Ekyn. Agak senang la sebab ada rujukan. Khusyuk gilaaa kita mengadap laptop siapkan assignment. Best pun ada, sebab senang la kot. Ok, kita poyo. Sebenarnya susah tapi kita pretend cakap senang. Kata nak pandai, pura-pura la pandai

Ok, kita merapu. Pastukan dalam pukul 4.30 kita baru tersedar yang kita x makan pape pun lagi since pagi. Tuh pun sebab perut mendendang lagu Price Tag. Kita pun ajak lah Ekyn makan kat cafe pustaka tuh. Kita pekena lah nescafe dan roti chocolate. Lepas jer makan kita sambung buat assignment sampai lah pukul 5.45 petang

Pastu member kita ajak kita balik sebab library dah nk tutup. Rajinkan kita, study sampai library dah nak tutup. Memang sah la dekan sem ni. HAHAHAHHAHA. Ok, sekali lagi kita poyo. *dalam hati,AMIN

Lepas tu, kita pun pergi lah Mcd. Kita melantak sampai x ingat dunia. Mereka2 yang lain pun sama. Ala, mungkin penat sebab study banyak sangat. Time study guna banyak tenaga ok. So tenaga berkurang, kena lah charge balik dengan makanan. Pastukan Ekyn kan nak pergi giant sebab nak beli hadiah untuk someone special. Bahagia betul dia sekarang.

Abis beli, kita pun gerak lah balik. Otw nak balik tuh, member kita bawak laju bagai nak mati. Tapi, ok lah. sebab cekap. Tapi ada keta bongok pergi break mengejut. Nasib baik sempat break. Kalo x, memang x sempat la update blog ni. Pastu lam kul 9 malam kami semua selamat sampai kolej Kerawang UiTM. Oh yeahhh ! kesimpulannya. Kita bahagia sebab assigment dah nak siap. Hanya nak siapkan slide untuk presentation. Oh cepat2 lah abis sem 2 ni.