Rabu, 20 Julai 2011

Syukur





Cukuplah Allah sebagai pelindungku:')

Sesungguhnya, Allah bersama dengan orang yang bersabar.


iluvislam

Isnin, 18 Julai 2011

Kelebihan

Tau x apa faedah kalo tgh bosan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gambar yang sangat menarik ! :P

Please






Jika kau seorang lelaki yang bermaruah, aku mohon jangan ganggu aku lagi
aku bukan lagi seorang budak yang mentah.






Ahad, 17 Julai 2011

Mid Term Break

Assalamualaikum,

Seperti yg kita tahu semua pelajar UiTM tgh menikmati cuti pertengahan semester termasuk aku. hehe. Tiap masa aku counting days nk balik rumah. Padahal KT dgn Kb dekat nak mampus, tp itulah pasal, aku tiada masa pulang sbb kesibukan yang sangat kritikal.

Dan sekarang, aku kat rumah. Sudah 3 hari aku berada di rumah. Emm, mcm ni lah, nak kata senang duduk rumah tuh x der la sbb otak aku tgh fikir macam mana nk siapkan kerja yang bagaikan menggunung tuh.

Lappy aku baru jer keluar wad, dan aku kena pi cari pulak Cd Microsoft Word, tapi malang aku belum berhasil untuk membelinya. Kerana kesulitan itu, otak aku merana mcm mana nk mula kerja. Bukan apa, aku punya kaki malas nk gerak jauh sampai bandar nak cari benda alah tu. Paling dekat pn kt Kubang Kerian ni tp haprak betui satu pun tada.

So mission aku akan diteruskan pada hari ini, gamaknya aku terpaksa jejak kaki aku ke Kbmall semata-mata cd tu-_-'

*abg wa baru kasi tau dia nk tlg cari kan, so wa x perlu keluar. yeeehaa !

Next, semalam aku jumpa dengan kawan-kawan perempuan aku. Oh yeah, agak happy sebab sudah lama x tgk muka diaorg yg cun melecun tuh. haha. Cair hati mak tgk diaorg yg makin cantik. *cantik ke? kihkih.

Smlm seperti biasa port kitaorg semestinya D'klassik Kopitiam. Our fav place. Aku suka air blended kat sana so tadahal kalo hari2 lepak kat situ. hehe

Setakat itu sahaja untuk cuti yg indah ini. Till then, adios.

Teman-temannya Farah Yusuf

Jumaat, 15 Julai 2011

Sejarah

Sejarah mengajar kita menjadi lebih matang, sejarah mengajar kita menjadi lebih kuat dan sejarah mengajar kita menjadi yang terbaik pada masa hadapan. Sejarah sesuatu yg kita tidak mungkin lupakan.

Tanpa sejarah kita tidak akan tahu mana silap salah yg telah kita lakukan. Begitulah berlaku pada dunia ini kan. Semua orang ada sejarah masing2. Begitu jua aku.

Aku ada sejarah, tapi sejarah aku hitam. Aku x boleh tgk tempat tu, hati aku rasa tercarik setiap kali aku terpandang tempat itu.

Bertahun aku cuba lupakan. Tapi seperti aku katakan, tidak mungkin kita akan lupakan kerana sejarah itu sebati dalam diri ini.

Dan aku ambil keputusan tidak akan melupakan malah aku aku akan jadi sebagai pengajaran. Tidak mungkin aku ulangi untuk kedua kalinya sbb SEJARAH sudah mengajar aku menjadi yg terbaik.

Jadikan sejarah sebagai kawan kau :)

Khamis, 7 Julai 2011

Sesal.

Perasaan benci, aku x larat tanggung perasaan ini. Tapi apakan daya, Hati ini sarat dengan benci. Benci kepada manusia yg pernah hancurkan hidup ini.

Ya, aku turut bersalah. Tapi aku masih ada peluang untuk mempertahankan diri aku kan? Ok, aku budak dan aku seorang budak yang mentah, senang ditindas dan senang untuk dipergunakan.

Aku mula sedar inilah permainan yg aku terjun tanpa fikir baik dan buruk. Aku tidak pedulikan apa orang kata. Perkataan apa lagi yg harus katakan, aku menyesal. Tapi itulah pepatah yg selalu kita dengar. Nasi sudah menjadi bubur.

Everything has changed termasuk hidup aku. Dunia remaja aku kosong. Kosong dengan penipuan. Sumpah aku cakap, kalo aku diberi peluang, tak akan aku ulang semua salah silap dulu.

Aku x mampu meneruskan lagi, cuma kalo aku diberi peluang aku akan baiki semua silap yang menghantui aku. Dan tidak akan berhenti menghantui aku.

Tapi mustahilkan, yg lepas kita lepaskan. Kita harus fokus apa yg akan berlaku pada masa hadapan nnti.

Selasa, 5 Julai 2011

Uncomfortable

Bila dah kau rasa x selesa, kau mula nak jauhkan diri dari semua orang. Tiba-tiba kau nak hidup dalam dunia kau sendiri. Dunia fantasi yang kau reka sendiri dan tidak mungkin wujud di dunia realiti.

Well, that's me. Bila aku mula sudah tidak selesa, aku ingin jauhkan diri aku dari semua perkara. Terasa ingin terus tidur tanpa bangun, bermimpi kerna yakinnya mimpi itu indah. Lebih indah dari dunia yg kejam ini.

Mula lah hati ini merangka perkara-perkara yang tidak baik. Haih. Hati, sabar ya. Jgn fikir yang bukan-bukan. Tetapkan fikiran agar berfikiran positif.

Isnin, 4 Julai 2011

Currently







Mood: Study for quizzes.






Ahad, 3 Julai 2011

Minggu ke 7

Minggu ni merupakan minggu ke tujuh which mean semua orang akan sibuk dengan quiz dan test segala bagai-__-

Minggu ni aku ada 3 quiz perlu settle before balik rumah kat kelantan. Memang otak tepu sgt2 dah. Kalau nak study siang hari mmg x effective lngsung, x de kesan. SO, aku terpaksa la stay up sampai pagi sebelum subuh.

Kalo dulu Red Guara peneman setia aku, sekali minum. FUH! mata kau segar weh. Tak terasa pn nak tidur.

Tapi sekarang stok dah abis, Kak Ju Resident kt Kolej aku nih dah x jual benda tuh, mana aku nak dapat, gua tarak tau-__-

Oh ya, sekarang aku aktif balik bermain bola jaring, sukan kesukaan aku. Selain bola jaring, gua minat dengan larian. Lari hari2 pn aku sanggup. *Propa semata-mata.

Berbalik pada cerita bola jaring, kenapa aku main aku pn x tau. Mungkin sebab aku rindu zaman sekolah dulu. Aku aktif gila, rela x masuk kelas demi bola tau. Just kali ini hanya suka-suka jer la kot, x der la main macam dulu.

Selain bola jaring, hehe. nak habaq tau na, gua aktif menari balik. HAHA. Punya la excited. Aku pernah ada pengalaman di sekolah so aku nak cuba pengalaman di U, to be frank, aku rindu sebenarnya nak menari. Gedik sana, gedik sini, lenggok bontot and so on. :P

Harap-harap, aku dapatlah bahagikan masa. 2 sem yang lepas aku x aktif pape pn. Cuma sem 3 aku nak ada sedikit pengalaman sepanjang berada di U ni.

Jumaat, 1 Julai 2011

Berkorban

Berkorban. Cakap pasal berkorban. Ramai yang sanggup berkorban untuk orang yang tersayang. Tersayang? General ok, not specific.

But me? I'm not that kind of person. Boleh dikatakan aku hanya sanggup berkorban untuk kepentingan diri aku sendiri atau dengan kata lain. I'M SELFISH. get yourself that.

yeah. that's me. I know im not a good girl but i try to be the one and yes i need to put a lot of effort to change me, myself and i.

Dan tahu tak, something has happened dan aku terasa sangat marah, aku cuba kawal perasaan aku dan cuba memahami perasaan org lain. Guess what? i did it. i even cried. i dont know why, tapi aku rasa kesian yang teramat atas apa yang menimpa sekarang ni.

Aku cuba perlahan-perlahan untuk ubah diri aku. Aku cuba untuk menjadi baik walaupun bukan terbaik tapi aku still cuba. The past has taught me a lot. I promise i will never ever be that old farah. Selfish dan tidak pikir perasaan orang lain :)

Aku hanya terus mampu berdoa agar lebih lembut hati dan mempunyai perasaan kasihan. Dan aku tidak akan pentingkan diri sendiri lagi. Insyaalah, dengan izin Allah.