Selasa, 27 Disember 2011

Penat

Jika benar dia seorang lelaki sejati, dia akan membiar wanita yang disayanginya berbahagia disamping org tersayang. Bukan terus mengganggu untuk kepuasan hatinya. Itu namanya pentingkan diri sendiri.



p/s: Aku perlukan kekuatan dan kekuatan aku adalah ALLAH S.W.T

Rabu, 7 Disember 2011

Hari ini saya sakit

Saya sakit apa? Sakit perempuan. Gara-gara sakit terpaksa MC. Jumpa Haji Hajijan ckp sakit perut sampai x boleh bangun then terus dpt MC.

Tapi sumpah sakit yang amat. what we called that..Period Pain. nikmatkan? :) Mata lebam, muka pucat. Sungguh dah macam orang dalam pantang.

Tidur sepanjang hari. Yes, x pernah lagi sakit perut sampai macam ni sekali. Kesian saya kan :') tp nk buat macam mana, dah memang penyakit perempuan. umm :')


Sakit pun saya sempat ambik gambar, menunjukkan saya ini seorang yang kuat semangat.

Rabu, 30 November 2011

Option

We have the option to choose which one is the best for us, aite? Yes, that's what happened to the people nowadays.

We have the right to choose the best person to be our friends. We have the right to choose the best man to be our boyfriends and we have the right to choose what is the best for our future.

And i want to say that i have made great choices in my life. i decided to be with NH :')

Rabu, 16 November 2011

3 more days to go

Assalamualaikum and hello to my fellow followers and friends. Gila skema kan. As we know, semester break is only left 3 days , and on this coming Sunday i will be going back to Terengganu to start a new semester.

Entah kenapa, aku mula rasa tidak selesa dan aku mula rasa sedih. Hee. Lumrah la kan, bila dah habis cuti, kembali ke tempat asal. Tempat di mana kita menimba ilmu. Yeah. lumrah lumrah. Sedih itu lumrah.

Oh ya, harini merupakan hari terakhir aku berjumpa dengan NH. And after this we are not going to meet about a month. He need to focus on his STPM. Sperti biasa, kami keluar hanya sekadar makan. Tidak ada apa yang menarik di sini. Cuma satu, aku dapat lihat wajah dia. Adddduuu :D

Mula-mula, agak rasa sedih, tapi bukannya setahun kan. Pejam celik dah sebulan dan aku dapat jumpa dia lagi ! Cepatlah masa berlalu. Aminnnn.

Dan akhir sekali, BOLEH TAK KALAU AKU X PAYAH BALIK TERENGGANU ! BOLEH TAK WEI ! sobsobsob. tsk:'(

Rabu, 9 November 2011

Wordless Wednesday.

Thanks for being such a great friends.

p/s: Ruby is missing in action.

Selasa, 8 November 2011

Updated

Assalamualaikum buat teman-temanku. aduuu. feelings indon gitu ya? haha. Pertama gwe mohon maaf kerna kelewatan gwe meng-updatetan blognya. Sungguhnya, gwe ngak punya banyak waktu. erkk?

Ok, stop it. lets use bahasa ibunda kita ya. Ya, aku tidak punya banyak masa. Kesibukkan melanda aku. Apa yang aku buat sampai sangat sibuk? Ok, ada propa sket. Sebelum ni, rasa sangat malas. Everytime sign in, click new post, taip title bagai then x sampai beberapa minit all the ideas hilang begitu sahaja. Sakit hati tak? agak sakit lah wei. before tu punya lah sakit otak perah idea, tiba2 hilang bodoh macam tuh. Opps, sorry ayat gua dah mula kasar.

Banyak benda nak share, pertama sekali RESULT. Yeah biar aku ulang sekali RESULT FINAL SEMESTER 3! Alhamdullilah, even naik sikit aku still bersyukur. Insyaallah next sem aku akan cuba yang terbaik lagi. And second, apa aku buat selama sebulan cuti? Lemme tell you, aku banyak tidur dan keluar. Makan? Setakat ni, aku dapat kawal nafsu aku daripada melantak x hingat dunia. Just kadang-kadang, aku akan makan non-stop. Dan yang paling penting, malam-malam wajib skype dengan NH :D

Dan 2 hari lepas kita telah menyambut Hari Raya Aidiladha. Hari yang mulia kan :). And i would like to wish SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA TO ALL MUSLIMS OUT THERE. Harap2 korang semua have a good raya on first day of raya haji. Dapat tengok lembu yang bakal di sembelih dan darah akan keluar membuak-buak. non-stop. it was so scary kan but aku suka tengok darah ! Yeah, sangat pelik tapi ada aku kesah ? :D tapi bukan darah lembu jer. semua darah aku suka. ngeh ngeh :D

Dan akhir sekali. Sempena raya haji ni mesti ramai yang buat makan kan. Aku dapat 3 invitation from my friends suruh datang rumah untuk makan. Bab makan free nih memang aku cepat. Sebab aku ni suka makan ! *propa. Thanks to Zatiey, Pija and Ruby for inviting me. Aku tau kalo aku x datang mesti korang x happy punya. *sangat poyo, mcm lah kau tu penting sangat-_-'
Last but not least, sedikit gambar buat santapan semua orang. Layannnnnnnnnn. -__-'


Pija, Ruby, Mila And Zatiey.






and this is my beloved NH:D

and this is me yang sangat comel kot?
ok, sila muntah hijau skang. x pe. aku x kesah -__-'


Ahad, 6 November 2011

Birthday Girl !

Happy Birthday to my dearest friend Nur Ashikin Nabilah Adris
thanks for being my frens for 3 semester.
May you success in your life. :)

Selasa, 1 November 2011

Bila aku jatuh cinta

Bila aku mulai jatuh cinta, aku sedar cinta DIA lagi mulia. Namun aku manusia yang punya perasaan untuk dikasihi.

Dan bila aku jatuh cinta, sepenuh hati ku hulurkan kepada insan yang ku cintai.

Dan aku mula merangka. Jika sepenuh ku berikan. Di mana ruang untuk DIA yang maha mulia? Cukuplah hanya separuh untuk insan yg ku kasihi.

Ahad, 30 Oktober 2011

Pujuk memujuk.

Asslamualaikum pembuka kata.


Saya disini mohon tips untuk pujuk orang. Bukan setakat nk pujuk Boyfriend/Girlfriend. Ok, yang tu pn aku tak tau. Masalah sekarang aku nak pujuk dengan orang yang aku buat salah.

Perkara yang paling benci dalam hidup aku, pujuk orang lah paling menyampah sekali. Aku lebih rela diam daripada bersuara. Bagi aku lebih baik kita diam, cukuplah aku sedar mana salah silap telah aku lakukan. *sigh

Now, i need a few tips to persuade someone. :')

Rabu, 26 Oktober 2011

Wordless Wednesday.

Wa BOSAN -___-'

p/s: i baru tau apa jadah wordless semua tuh :D

Khamis, 20 Oktober 2011

Our first date :)

Tahu tak time ni aku x tahu malu pun tapi aku bahagia dengan kau.
Aku selesa borak dengan kau, sbb kau satu kepala dengan aku.
Kau tahu buat aku senyum.
Ya, memang aku selalu ckp kau sweet talker tp aku suka segala pujiaan kau.
Sarangheyo :')


p/s: ALhamdullilah :')

Jumaat, 14 Oktober 2011

Hi !

Sekian lama tidak menghupdate blog kesayangan ini ya. Emm, nak mula dengan apa ek? Ok, lets start with Final.

Overall ok. Cuma terkantoi satu paper which is paper interkom. Paper yang aku target A. Tapi nampak gayanya, mmg tak lah kan. Ni semua pasal aku tido lambat. Haih, menyesal pun ada-_-'

And now im having a semester break for a months. Yeah, i was so freaking happy ! Mana taknya, kepala ni sesak dengan assignments, quizzes, and tests. So, sebulan cukup lah untuk refresh balik kapala ini.

So untuk cuti semester ni was thinking to find a part time job but it seems x der peluang. Orang x nak ambil aku sebab cuti kejap sangat kan. I was so frustrated sebab bosan sangat duduk kat rumah without doing anything. It's okay, sebulan jer kot. Pejam celik, semster 4 menanti :)

So, hidup aku seharian keluar, layan korea, baca novel, teman ma pergi dgr ceramah dan skype-ing with my love. Sangat membazirkan. -_-'

Selasa, 4 Oktober 2011

24 September 2011


Selamat Hari Jadi Cinta :)

Maaf kerana lambat but
I dont care selagi you x rasa tepung

Thanks to Muiz, Zatiey and Gieyha :)

Isnin, 3 Oktober 2011

Rambut

*Senyum. Dulu rambut saya pendek. Setiap kali panjang mesti nak potong. Tapi sekarang rambut saya panjang. Paras pinggang mungkin, x cecah lg tp dekat nak sampai.

Tahu kenapa, hanya kerana seorang lelaki. * senyum
Dia tidak membenar saya memotong, dia kata lagi panjang lagi lawa. Yeah saya tahu, tapi saya rimas.

Dan bila lelaki itu lenyap dari mata saya, saya masih meneruskan niat untuk membiarkan ia panjang. Dan sekarang saya mula sayang rambut saya. Walau x secantik perempuan di luar sana saya tetap membelai tiap2 hari.


Ahad, 2 Oktober 2011

S133


I'm gonna miss this room. I'm gonna miss my roommates. Yeah, you guys are awesome. 2 semester we have been together in the same room, too much memories. I feel like crying. But suddenly, Fariza and Rara x dapat kolej untuk next sem. Ouch, that was hurt, we are not going to be together again. And for sure aku akan tercampak dalam bilik mana. Seriously, sangat susah nak adapt dengan orang yang baru kita kenal.

Tapi aku redha :'(

Sabtu, 1 Oktober 2011

Selasa, 27 September 2011

Moga-moga





Bila saya lihat mata awak, saya merasa cinta jauh di sudut hati awak
Bila saya menyelami hati saya, adakah hati ini tercipta untuk awak
Bila saya lihat diri awak, saya merasa kasih dan sayang daripada awak
Dan bila saya mula menadah tangan,
Semoga separuh hati saya milik awak





Khamis, 22 September 2011

Tertanya-tanya

Aku mula tertanya kenapa tuhan biarkan aku terseksa begini.
Aku mula tertanya kenapa tuhan tidak adil.
Aku mula tertanya-tanya kenapa aku dijadikan begini.

Begitu banyak persoalan bermain di lubuk hati, tp bodoh. Semua soalan yang mempertikai KehendakNYA. Ya, aku bodoh. Kerana aku tidak pernah menghargai setiap apa Allah telah turunkan kepada aku.

Aku hanya tahu merungut tapi tidak pandai bersyukur. Aku hanya tahu mempertikai tapi tidak pandai menerima. Begitu jahil diri ini :')

Sempitnya otak tidak dapat berfikir, "Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya". Berulang kali aku dengar tapi masih aku BODOH.

Hinanya terasa diri ini bila aku mula berhadapan dengan DIA YANG MAHA ESA. Betapa kerdil diri ini bila berhadapan dengan DIA YANG MAHA PENYAYANG.

Satu jalan, jalan yang benar, landasan yang benar. Alhamdullilah, jalan ini mebawa satu ketenangan dalam diri. Semoga aku kuatkan iman agar sentiasa berada di landasan ini :')

Diri ini masih jahil tp masih berusaha untuk memeperbaiki diri sendiri.

Rabu, 21 September 2011

Jika




Jika benar dia jodohku dekatkanlah hatiku dengan hatinya

dan

Jika bukan dia jodohku, tutupkan lah pintu hati ku:')





Sabtu, 17 September 2011

Subbahanallah







Bila marah menguasai diri, kau dah x nampak apa-apa. Dan ya aku nampak api menghasut aku.
Dan salah satu cara utk menghilangkan api depan mata adalah WUDUK :')






Rabu, 14 September 2011

Final

Alhamdullilah, semmester 3 hampir tamat. Sperti biasa, macam perkara aku lalui untuk semester 3. Kenangan merata-rata hinggakan tidak sanggup utk melepaskan pergi kerana kita tahu kenangan tidak akan berulang kembali.

Untuk pengetahuan semua, aku sedang "menikmati" cuti minggu belajar. Dan seperti biasa, buku menjadi peneman setia pada minggu cuti ini. Yelakan, final dah dekat. Opss ! bukan dah dekat tp minggu depan, pada hari isnin 19 September 2011.

Aku boleh dikatakan tidak bersedia sepenuhnya untuk final kali ini, berbeza dengan Semester 2. Tapi apakan daya, mesti teruskan even susah macam mana pun. Aku kena cover all the subjects. Moga aku punya masa yang panjang dan menghargai setiap masa yang berjalan.

Last but not least, i want to wish all my friends yang nak final, wish you guys best of luck. DO YOUR BEST. The most important Hubungan kau dengan Allah S.W.T, jangan jarakkan hubungan kau dengan Maha Pencipta :)



Ahad, 11 September 2011

:)

My heart can't stop beating for you.

Selasa, 30 Ogos 2011

Happy Raya

Saya Murni Farhanim Bt Yusuf ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Mohon Maaf Zahir dan Batin
Izin maafkan segala salah silap yang telah saya lakukan terhadap semua
secara sengaja atau tidak sengaja
Sesungguhnya memaafkan manusia merupakan sifat yang mulia :)

Isnin, 29 Ogos 2011

Hati

Berbicara soal hati. Kebiasaannya hati betul. Hati mengatakan apa yang kita inginkan. Ya, hati aku sejujurnya bahagia.

Hati aku merasa sangat bahagia. Dan hati aku tidak pernah lupa untuk mengucapkan Alhamdullilah kerana ini kurniaan Allah.

Hati aku sentiasa berwaspada agar tidak lari dari landasan yang benar. Hati ni teramat-amat bersyukur.

Apa lagi yang mampu aku lakukan selain berdoa moga-moga ini kekal dan aku tabah hadapi segala cabaran yang bakal aku lalui :')

Wahai hati, moga kau terus jujur dan jangan sesekali kau cuba menyembunyikan apa yang kau rasa :')

Isnin, 22 Ogos 2011

Setapak dan bahagia terasa.

Dulu x ingin selangkah pn aku berjalan untuk teruskan hidup. Siang malam mata ini selalu mengeluarkan air yang sangat berharga. Tapi sayang tiada orang yang menghargainya.

Siang malam berdoa agar hati ini sembuh, sembuh dari segala kesakitan yang dialami dan Alhamdullilah Allah S.W.T makbulkan doa biarpun mengambil masa setahun.

Dan cahaya datang, aku ragu2 samada terima atau tidak. Ya, aku ragu. Tapi disebalik keraguaan terselit sedikit bahagia yang datang tanpa diduga.

Ya, aku terima dengan yakin. Yakin dengan cahaya ini mampu membimbing aku ke arah yang betul. Dan Alhamdullilah.

Bibir aku, hati aku tidak pernah lekang dengan perkataan Alhamdullilah kerana aku rasa sangat bersyukur dengan kehadiran cahaya yang indah ini.

Dan aku mengambil langkah setapak, aku mula rasa indahnya bahagia itu. Semoga ia sentiasa kekal. Segala dugaan akan ku tempuhi dengan tabah dan sabar.

Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Adil. :')

Alhamdullilah dan Alhamdullilah segala kurniaanMU :')

Khamis, 11 Ogos 2011

Perempuan

Perempuan, demi nama yang sangat indah ini. Tunjukkan lah kau seorang yang kuat. Tunjukkan lah bahawa tiada siapa yang mampu menjatuhkan kau.

Perempuan, kau seorang yang tinggi darjatnya. Kekal ketinggian darjat itu. Letakkan betapa bernilainya diri kau perempuan.

Perempuan, mmg hati kau lemah tapi bukan untuk disakiti oleh seorang yang bernama lelaki. Hanya yang satu berhak untuk hati kau.

Dan perempuan, kau merupakan seorang yang sangat tabah biarpun kau disakiti berulang kali. Semoga terus tabah perempuan. Tabah itu sebati dalam diri kau.

Sekian,

Isnin, 8 Ogos 2011

Mom is the best

Truth is, I miss my mom so freaking much,
Tambah-tambah lagi bulan Ramadhan, teringin nak bagun pagi dan sahur dengan Ma.
Pastu bukak puasa sama-sama like we did when I was in form 3.
And yes I miss you so much.
You are the best mom that I ever love.
Saya cinta Ma Saya :)

Selasa, 2 Ogos 2011

Extremely busy

Hai semua, sperti yang kita ketahui, kita telah pun masuk bulan Ramadhan iaitu bulan yang sangat mulia. Sempena bulan yang penuh dengan keberkatan aku ingin mohon maaf segala salah silap yagn pernah aku lakukan. Izin maafkan aku. Semoga kita semua dapat beribadah dengan sempurna di bulan yang mulia ini.

Ok, bulan puasa ini, kerja aku sangat banyak dan aku sangat sibuk. Dalam masa 3 minggu aku kena siapkan 3 assignment dan perlu study untuk menjawab segala test dan quiz bagai. Sangat syok. Sebab itu aku jarang update dan jarang on9. Baikkan sekarang.-__-




Layan jerlaa. You can see eyebag kat mata, sgt teruk.

Rabu, 20 Julai 2011

Syukur





Cukuplah Allah sebagai pelindungku:')

Sesungguhnya, Allah bersama dengan orang yang bersabar.


iluvislam

Isnin, 18 Julai 2011

Kelebihan

Tau x apa faedah kalo tgh bosan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gambar yang sangat menarik ! :P

Please






Jika kau seorang lelaki yang bermaruah, aku mohon jangan ganggu aku lagi
aku bukan lagi seorang budak yang mentah.






Ahad, 17 Julai 2011

Mid Term Break

Assalamualaikum,

Seperti yg kita tahu semua pelajar UiTM tgh menikmati cuti pertengahan semester termasuk aku. hehe. Tiap masa aku counting days nk balik rumah. Padahal KT dgn Kb dekat nak mampus, tp itulah pasal, aku tiada masa pulang sbb kesibukan yang sangat kritikal.

Dan sekarang, aku kat rumah. Sudah 3 hari aku berada di rumah. Emm, mcm ni lah, nak kata senang duduk rumah tuh x der la sbb otak aku tgh fikir macam mana nk siapkan kerja yang bagaikan menggunung tuh.

Lappy aku baru jer keluar wad, dan aku kena pi cari pulak Cd Microsoft Word, tapi malang aku belum berhasil untuk membelinya. Kerana kesulitan itu, otak aku merana mcm mana nk mula kerja. Bukan apa, aku punya kaki malas nk gerak jauh sampai bandar nak cari benda alah tu. Paling dekat pn kt Kubang Kerian ni tp haprak betui satu pun tada.

So mission aku akan diteruskan pada hari ini, gamaknya aku terpaksa jejak kaki aku ke Kbmall semata-mata cd tu-_-'

*abg wa baru kasi tau dia nk tlg cari kan, so wa x perlu keluar. yeeehaa !

Next, semalam aku jumpa dengan kawan-kawan perempuan aku. Oh yeah, agak happy sebab sudah lama x tgk muka diaorg yg cun melecun tuh. haha. Cair hati mak tgk diaorg yg makin cantik. *cantik ke? kihkih.

Smlm seperti biasa port kitaorg semestinya D'klassik Kopitiam. Our fav place. Aku suka air blended kat sana so tadahal kalo hari2 lepak kat situ. hehe

Setakat itu sahaja untuk cuti yg indah ini. Till then, adios.

Teman-temannya Farah Yusuf

Jumaat, 15 Julai 2011

Sejarah

Sejarah mengajar kita menjadi lebih matang, sejarah mengajar kita menjadi lebih kuat dan sejarah mengajar kita menjadi yang terbaik pada masa hadapan. Sejarah sesuatu yg kita tidak mungkin lupakan.

Tanpa sejarah kita tidak akan tahu mana silap salah yg telah kita lakukan. Begitulah berlaku pada dunia ini kan. Semua orang ada sejarah masing2. Begitu jua aku.

Aku ada sejarah, tapi sejarah aku hitam. Aku x boleh tgk tempat tu, hati aku rasa tercarik setiap kali aku terpandang tempat itu.

Bertahun aku cuba lupakan. Tapi seperti aku katakan, tidak mungkin kita akan lupakan kerana sejarah itu sebati dalam diri ini.

Dan aku ambil keputusan tidak akan melupakan malah aku aku akan jadi sebagai pengajaran. Tidak mungkin aku ulangi untuk kedua kalinya sbb SEJARAH sudah mengajar aku menjadi yg terbaik.

Jadikan sejarah sebagai kawan kau :)

Khamis, 7 Julai 2011

Sesal.

Perasaan benci, aku x larat tanggung perasaan ini. Tapi apakan daya, Hati ini sarat dengan benci. Benci kepada manusia yg pernah hancurkan hidup ini.

Ya, aku turut bersalah. Tapi aku masih ada peluang untuk mempertahankan diri aku kan? Ok, aku budak dan aku seorang budak yang mentah, senang ditindas dan senang untuk dipergunakan.

Aku mula sedar inilah permainan yg aku terjun tanpa fikir baik dan buruk. Aku tidak pedulikan apa orang kata. Perkataan apa lagi yg harus katakan, aku menyesal. Tapi itulah pepatah yg selalu kita dengar. Nasi sudah menjadi bubur.

Everything has changed termasuk hidup aku. Dunia remaja aku kosong. Kosong dengan penipuan. Sumpah aku cakap, kalo aku diberi peluang, tak akan aku ulang semua salah silap dulu.

Aku x mampu meneruskan lagi, cuma kalo aku diberi peluang aku akan baiki semua silap yang menghantui aku. Dan tidak akan berhenti menghantui aku.

Tapi mustahilkan, yg lepas kita lepaskan. Kita harus fokus apa yg akan berlaku pada masa hadapan nnti.

Selasa, 5 Julai 2011

Uncomfortable

Bila dah kau rasa x selesa, kau mula nak jauhkan diri dari semua orang. Tiba-tiba kau nak hidup dalam dunia kau sendiri. Dunia fantasi yang kau reka sendiri dan tidak mungkin wujud di dunia realiti.

Well, that's me. Bila aku mula sudah tidak selesa, aku ingin jauhkan diri aku dari semua perkara. Terasa ingin terus tidur tanpa bangun, bermimpi kerna yakinnya mimpi itu indah. Lebih indah dari dunia yg kejam ini.

Mula lah hati ini merangka perkara-perkara yang tidak baik. Haih. Hati, sabar ya. Jgn fikir yang bukan-bukan. Tetapkan fikiran agar berfikiran positif.

Isnin, 4 Julai 2011

Currently







Mood: Study for quizzes.






Ahad, 3 Julai 2011

Minggu ke 7

Minggu ni merupakan minggu ke tujuh which mean semua orang akan sibuk dengan quiz dan test segala bagai-__-

Minggu ni aku ada 3 quiz perlu settle before balik rumah kat kelantan. Memang otak tepu sgt2 dah. Kalau nak study siang hari mmg x effective lngsung, x de kesan. SO, aku terpaksa la stay up sampai pagi sebelum subuh.

Kalo dulu Red Guara peneman setia aku, sekali minum. FUH! mata kau segar weh. Tak terasa pn nak tidur.

Tapi sekarang stok dah abis, Kak Ju Resident kt Kolej aku nih dah x jual benda tuh, mana aku nak dapat, gua tarak tau-__-

Oh ya, sekarang aku aktif balik bermain bola jaring, sukan kesukaan aku. Selain bola jaring, gua minat dengan larian. Lari hari2 pn aku sanggup. *Propa semata-mata.

Berbalik pada cerita bola jaring, kenapa aku main aku pn x tau. Mungkin sebab aku rindu zaman sekolah dulu. Aku aktif gila, rela x masuk kelas demi bola tau. Just kali ini hanya suka-suka jer la kot, x der la main macam dulu.

Selain bola jaring, hehe. nak habaq tau na, gua aktif menari balik. HAHA. Punya la excited. Aku pernah ada pengalaman di sekolah so aku nak cuba pengalaman di U, to be frank, aku rindu sebenarnya nak menari. Gedik sana, gedik sini, lenggok bontot and so on. :P

Harap-harap, aku dapatlah bahagikan masa. 2 sem yang lepas aku x aktif pape pn. Cuma sem 3 aku nak ada sedikit pengalaman sepanjang berada di U ni.

Jumaat, 1 Julai 2011

Berkorban

Berkorban. Cakap pasal berkorban. Ramai yang sanggup berkorban untuk orang yang tersayang. Tersayang? General ok, not specific.

But me? I'm not that kind of person. Boleh dikatakan aku hanya sanggup berkorban untuk kepentingan diri aku sendiri atau dengan kata lain. I'M SELFISH. get yourself that.

yeah. that's me. I know im not a good girl but i try to be the one and yes i need to put a lot of effort to change me, myself and i.

Dan tahu tak, something has happened dan aku terasa sangat marah, aku cuba kawal perasaan aku dan cuba memahami perasaan org lain. Guess what? i did it. i even cried. i dont know why, tapi aku rasa kesian yang teramat atas apa yang menimpa sekarang ni.

Aku cuba perlahan-perlahan untuk ubah diri aku. Aku cuba untuk menjadi baik walaupun bukan terbaik tapi aku still cuba. The past has taught me a lot. I promise i will never ever be that old farah. Selfish dan tidak pikir perasaan orang lain :)

Aku hanya terus mampu berdoa agar lebih lembut hati dan mempunyai perasaan kasihan. Dan aku tidak akan pentingkan diri sendiri lagi. Insyaalah, dengan izin Allah.

Selasa, 28 Jun 2011

Lama

Lama menghilang maka aku kembali untuk memenuhi ruang tulisan di mana aku meluah segala isi hati aku.

Hai, bukan menghilang tapi hanya sekadar merehatkan diri dari memerah otak untuk mencoret di sini, bukan apa, setiap patah yg aku tulis memerlukan sekurang-kurang 3 minit untuk diperah dan mengeluarkan idea-idea dan tatabahasa yang betul. *aku merapu-__-'

Move on, pertama, sebulan sudah aku kembali menjadi pelajar. Dan alhamdullilah, everything went well. Tiada kesulitan yang aku alami sepanjang sebulan ini. Cuma, mood nak belajar hilang entah kemana. Dan im a lil bit afraid if aku x leh capai apa yang ma inginkan.

Dan second, Setahun sudah aku bermaustatin menimba ilmu di negeri Terengganu ini. Sangat teruja, kerana time flies so fast. Pejam celik, dah semester 3 dah. Agak tough this semester tapi insyaallah, aku akan struggle tuk capai apa yang aku harapkan selama ni.

Dan, akhir sekali. Ingat lagi? cukup setahun aku akan lupa segala-galanya. Segala-galanya? My past. Yes, kenangan lama. Alhamdullilah, aku mampu melupakannya. Sperti yang aku katakan, masa menentukan segalanya. Sekarang terbukti, aku dapat melakukan dengan berkat doa yang aku pohon dari Allah Yang Maha Kuasa, aku berjaya buktikan. Aku bersyukur

Sekarang, YOU dont have to worry about me coz i know how to take care of myself. Don't even bother to know about my life. Just, stay away and don't ever show yourself in front of me. I feel like vomiting if I ever look at you. :)

Peeps, am so blessed ! :)
Syukur, Alhamdullilah

Jumaat, 24 Jun 2011

Kembali

Saya kembali, tapi tidak menjanjikan apa-apa post kerana saya sibuk. Sibuk mengejar ilmu yang makin menjauh dari saya. Maaf semua. If saya ada masa saya akan cuba cerita perihal kehidupan saya.

Rabu, 25 Mei 2011

Alhamdullilah

Aku bersyukur kepadaMu. Mungkin tidak setinggi orang lain. Mungkin tidak DL seperti orang lain, cuma sangat bersyukur kerana berbaloi dan setimpal apa yg aku lakukan.

Alhamdullilah, pointer aku naik daripada sem lepas. Sangat naik, membuatkan aku makin yakin semester 3 ni aku boleh dapat yg lebih baik.

Terima kasih kepada kawan-kawan dan terima kasih ibuku. Aku yakin tanpa berkat dan doa ibu, aku tidak mampu menaikkan pointer sebegini. dan YA semangat amat penting dan jangan sesekali hilangkan dalam diri ini.

Dan paling penting macam mana hubungan kau dengan ALLAH S.W.T

Jumaat, 20 Mei 2011

Bangga

Maaf ya, aku ingin perbetulkan sedikit berkenaan hidup aku. Bangga? Bangga tidak pernah wujud dalam hidup aku kerana bagi aku bangga itu hanya memusnahkan diri.

Segalanya kurniaan Allah S.W.T dan bila-bila masa DIA boleh tarik segala rezeki yang diturunkan kepada setiap umat. Aku selalu pegang ayat ini.

Kerana itu aku takut untuk berbangga dengan segala rezeki yang diturunkan oleh DIA bahkan aku bersyukur segala kurniaanNya.

Dan, sekali lagi aku suarakan. Bangga tidak pernah wujud dalam hidup aku.

p/s: im off to putrajaya tonite :)

Khamis, 19 Mei 2011

After all



Hey, sempat juga jumpa kamu semua. :)

Rabu, 18 Mei 2011

.

Hina orang sekalipun bukan boleh buat hati kita segar. Bahkan makin merana. Hey, lelaki dan perempuan hanyalah sama. Di ulang sekali lagi, lelaki dan perempuan SAMA.

Selalunya lelaki disalahkan jika hubungan terputus di tengah jalan? Cuba cermin diri kita dulu sebelum kita letak kesalahan di atas bahu orang lain.

Kadang-kadang kena observe dulu, apa salah silap kita dan barulah cari kesalahan orang lain. Hey, inilah manusia suka sangat melaku sesuatu benda dalam keadaan melulu. Tidak fikir baik atau buruk.

Cuba fikir balik, kalau tiada seorang pun melakukan kesilapan bagaimana kita ingin perbetulkan kesilapan yang telah kita lakukan.

Silap membantu kita menjadi yang terbaik. Kerana silap kita akan cuba memperbetulkan diri kita kearah kebaikan.

Dan kerana silap juga kita menjadi yang terbaik. Fullstop.

p/s: aku x tau apa aku coret.

Sabtu, 14 Mei 2011

adududu

Hehe, gwa malasin dong updatetan blognya. Gwa ngak tau kok bisa jadi gini. HEHE. Hey, dua tiga hari ini aku banyak tidur. Nak baca blog org lain, nak on9 pun malas. Malas sangat.

Nnti kita share gambar banyak2 tau :P

Jumaat, 6 Mei 2011

update

Assalamualaikum, hehe. Rindu nya saya kat blog nii. Mana tak nya. Tiada masa nak update tambah lappy x sihat. Sekarang dah kembali stabil, baru jer keluar wad hari ini. HEHE.

Hey, dah seminggu saya berada di rumah. Seminggu juga la hati saya riang kerana tak perlu mengadap buku. Penat mata saya tau. Saya x nak banyak cakap.

Cuma nak ckp, Ahad(1/05/2011) saya menyambut kelahiran ibuu saya. Supposed hari sabtu tu, tapi yelakan penat campur baru balik dari terengganu kerana ambil saya. Oh, lupa! Sem 2 dah tamat:')

Macam-macam kenangan, pahit, suka, duka akanku simpan rapi didalam hati. HEHE. Seperti yang saya cakap tadi, saya x mau ckp banyak. Ini sedikit gambar untuk dikongsi.

Happy birthday ma :)
Love

oh, this a birthday gift from dayah for me, thanks gurl for the bear. Appreciate it :)

haih




banyak benda nk cerita, tapi yelakan. tunggu lappy dah stabil baru aku boleh coret2 balik. aku rindu kau blog

Jumaat, 22 April 2011

Kurang selesa

Alhamdullilah, satu kertas dah lepas. Dan alhamdullilah aku dapat jawab dengan tenang dan yang paling penting aku tersenyum sambil jawab kertas Business. Apa yang aku jangka memang betul keluar dan x sia-sia usaha aku.

Next paper is CTU, ok yang ni lemah sikit. Sebab dia lebih kepada sejarah. Dan korang tau kan aku ni lemah sejarah since dulu lagi. Tapi x pe la demi nak A aku kena juga hilang bosan aku terhadap sejarah. Just wish me luck:)

Dan tinggal empat kertas lagi dan aku x sabar nak keluar dari kampus ni. I mean untuk sebulan. Aku nak tenangkan otak aku. Banyak sgt benda yang aku x expcet berlaku. And yes, ada sedikit perasaan sedih tapi still juga act like nothing happen. Kata kuat, so kena tunjuk kuat la kan.

Dan begitullah, perasaan x sabar melompat di dalam hati. HEHE. X sabar nak tunggu 30/4/2011.
Semester dua akan tamat, dan saya merasa sedikit sebak :')