Isnin, 18 April 2011

Unpredictable

Kadang-kadang aku tak pernah sangka yang aku pernah bersama kau. Dua tahun kita saling melengkapi satu sama lain. Kadang-kadang aku rasa baru tersedar dari mimpi, apa yang kita lalui itu hanya ilusi semata-mata.

Dari pertemuaan yang tidak di jangka yang di sangka mungkin berakhir di situ tapi masih bertemu lagi di alam maya. Ya, kita cuba mengenali satu sama lain, dan tanpa di pinta timbul perasaan yang kita sendiri tidak pasti. Dan sejak itu, kita semakin rapat, kau mula mengambil berat.

Pada mula aku tak pernah menghargai kau. Aku hanya anggap kau permainan, tapi lama kelamaan kau yang aku anggap permainan bertukar menjadi seorang yang teramat penting. Aku mula takut kehilangan kau.

Perasaan takut itu menjadi kenyataan, kau pergi tanpa ucap selamat tinggal. Dan aku redha dengan perpisahan ini. Perpisahan membantu aku agar terus kuat. Dan kau nak tau tak banyak pengajaran aku pelajari. Dan yang paling utama, aku suka dengar perkataan ini

"Benda yang aku ludah, x akan aku jilat balik."

Aku mula berpegang pada ayat ini. Terima kasih.




3 ulasan:

Afiq Nor berkata...

tapi takkan u nak biarkan ludah tu terbiar macam tu jew?
perlukah kita sapu or bersihkannya?
tabahkan hati...
senyum...

Ct_niesa berkata...

keep those words till the end .
jadikan ia sbg satu prinsip id0p sepeti akuhh jgk.
jgn oyp sajo .
"Yg memimpin wanita bukan akalnya tp hatinya"

Farah Yusuf berkata...

Afiq: sometimes its better dat way :)

Ct: i will keep my word:) dun worry :)