Rabu, 4 Januari 2012

Too much memories to remember

Alhamdullilah, tahun 2012 sudah bermula kan. Tak sangka. Umur dah mencecah 20. Pergi semua zaman remaja yang aku lalui selama 19 tahun. Tak campur lagi zaman kanak-kanak. Ikutkan dah banyak kita lalui kan.

Sempena tahun baru pasti ramai yang punya azam baru. Aku pun sama tapi azam aku tetap sama iaitu menjadi yang lebih baik, baik dan baik. Berubah ke jalan yang betul, tetapkan hati ke jalan yang benar. Tidak ingin sekali pun terpesong lagi.

Insyaallah, dengan Izin Allah aku mampu menjadi insan lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Orang kata let by gone be by gone. Benda lepas jangan di pegang tapi biarkan ia pergi dan jadikan pengajaran.

Banyak kenangan pahit, manis, duka, suka, terlalu banyak hingga tidak ada ruang untuk mengingati. 2011 amat bermakna buat aku. Kenapa? Kerana bila lihat diri aku, jauh berbeza berbanding sebelum ini.

Aku tak mampu menilai diri aku sendiri tapi aku mampu rasakannya sendiri. Sekali lagi aku ingatkan diri aku, di sebalik yang hitam pasti ada hikmahnya. Ya, aku nampak hikmahnya dan aku bersyukur.

Dan sekarang 2012, aku perlu berusaha untuk mempertingkat semua dari segala aspek. Insyaallah :')


Welcome 2012
and Goodbye 2011.

Tiada ulasan: