Khamis, 22 September 2011

Tertanya-tanya

Aku mula tertanya kenapa tuhan biarkan aku terseksa begini.
Aku mula tertanya kenapa tuhan tidak adil.
Aku mula tertanya-tanya kenapa aku dijadikan begini.

Begitu banyak persoalan bermain di lubuk hati, tp bodoh. Semua soalan yang mempertikai KehendakNYA. Ya, aku bodoh. Kerana aku tidak pernah menghargai setiap apa Allah telah turunkan kepada aku.

Aku hanya tahu merungut tapi tidak pandai bersyukur. Aku hanya tahu mempertikai tapi tidak pandai menerima. Begitu jahil diri ini :')

Sempitnya otak tidak dapat berfikir, "Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya". Berulang kali aku dengar tapi masih aku BODOH.

Hinanya terasa diri ini bila aku mula berhadapan dengan DIA YANG MAHA ESA. Betapa kerdil diri ini bila berhadapan dengan DIA YANG MAHA PENYAYANG.

Satu jalan, jalan yang benar, landasan yang benar. Alhamdullilah, jalan ini mebawa satu ketenangan dalam diri. Semoga aku kuatkan iman agar sentiasa berada di landasan ini :')

Diri ini masih jahil tp masih berusaha untuk memeperbaiki diri sendiri.

Tiada ulasan: