Rabu, 20 Julai 2011

Syukur





Cukuplah Allah sebagai pelindungku:')

Sesungguhnya, Allah bersama dengan orang yang bersabar.


iluvislam

Isnin, 18 Julai 2011

Kelebihan

Tau x apa faedah kalo tgh bosan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gambar yang sangat menarik ! :P

Please






Jika kau seorang lelaki yang bermaruah, aku mohon jangan ganggu aku lagi
aku bukan lagi seorang budak yang mentah.






Ahad, 17 Julai 2011

Mid Term Break

Assalamualaikum,

Seperti yg kita tahu semua pelajar UiTM tgh menikmati cuti pertengahan semester termasuk aku. hehe. Tiap masa aku counting days nk balik rumah. Padahal KT dgn Kb dekat nak mampus, tp itulah pasal, aku tiada masa pulang sbb kesibukan yang sangat kritikal.

Dan sekarang, aku kat rumah. Sudah 3 hari aku berada di rumah. Emm, mcm ni lah, nak kata senang duduk rumah tuh x der la sbb otak aku tgh fikir macam mana nk siapkan kerja yang bagaikan menggunung tuh.

Lappy aku baru jer keluar wad, dan aku kena pi cari pulak Cd Microsoft Word, tapi malang aku belum berhasil untuk membelinya. Kerana kesulitan itu, otak aku merana mcm mana nk mula kerja. Bukan apa, aku punya kaki malas nk gerak jauh sampai bandar nak cari benda alah tu. Paling dekat pn kt Kubang Kerian ni tp haprak betui satu pun tada.

So mission aku akan diteruskan pada hari ini, gamaknya aku terpaksa jejak kaki aku ke Kbmall semata-mata cd tu-_-'

*abg wa baru kasi tau dia nk tlg cari kan, so wa x perlu keluar. yeeehaa !

Next, semalam aku jumpa dengan kawan-kawan perempuan aku. Oh yeah, agak happy sebab sudah lama x tgk muka diaorg yg cun melecun tuh. haha. Cair hati mak tgk diaorg yg makin cantik. *cantik ke? kihkih.

Smlm seperti biasa port kitaorg semestinya D'klassik Kopitiam. Our fav place. Aku suka air blended kat sana so tadahal kalo hari2 lepak kat situ. hehe

Setakat itu sahaja untuk cuti yg indah ini. Till then, adios.

Teman-temannya Farah Yusuf

Jumaat, 15 Julai 2011

Sejarah

Sejarah mengajar kita menjadi lebih matang, sejarah mengajar kita menjadi lebih kuat dan sejarah mengajar kita menjadi yang terbaik pada masa hadapan. Sejarah sesuatu yg kita tidak mungkin lupakan.

Tanpa sejarah kita tidak akan tahu mana silap salah yg telah kita lakukan. Begitulah berlaku pada dunia ini kan. Semua orang ada sejarah masing2. Begitu jua aku.

Aku ada sejarah, tapi sejarah aku hitam. Aku x boleh tgk tempat tu, hati aku rasa tercarik setiap kali aku terpandang tempat itu.

Bertahun aku cuba lupakan. Tapi seperti aku katakan, tidak mungkin kita akan lupakan kerana sejarah itu sebati dalam diri ini.

Dan aku ambil keputusan tidak akan melupakan malah aku aku akan jadi sebagai pengajaran. Tidak mungkin aku ulangi untuk kedua kalinya sbb SEJARAH sudah mengajar aku menjadi yg terbaik.

Jadikan sejarah sebagai kawan kau :)

Khamis, 7 Julai 2011

Sesal.

Perasaan benci, aku x larat tanggung perasaan ini. Tapi apakan daya, Hati ini sarat dengan benci. Benci kepada manusia yg pernah hancurkan hidup ini.

Ya, aku turut bersalah. Tapi aku masih ada peluang untuk mempertahankan diri aku kan? Ok, aku budak dan aku seorang budak yang mentah, senang ditindas dan senang untuk dipergunakan.

Aku mula sedar inilah permainan yg aku terjun tanpa fikir baik dan buruk. Aku tidak pedulikan apa orang kata. Perkataan apa lagi yg harus katakan, aku menyesal. Tapi itulah pepatah yg selalu kita dengar. Nasi sudah menjadi bubur.

Everything has changed termasuk hidup aku. Dunia remaja aku kosong. Kosong dengan penipuan. Sumpah aku cakap, kalo aku diberi peluang, tak akan aku ulang semua salah silap dulu.

Aku x mampu meneruskan lagi, cuma kalo aku diberi peluang aku akan baiki semua silap yang menghantui aku. Dan tidak akan berhenti menghantui aku.

Tapi mustahilkan, yg lepas kita lepaskan. Kita harus fokus apa yg akan berlaku pada masa hadapan nnti.

Selasa, 5 Julai 2011

Uncomfortable

Bila dah kau rasa x selesa, kau mula nak jauhkan diri dari semua orang. Tiba-tiba kau nak hidup dalam dunia kau sendiri. Dunia fantasi yang kau reka sendiri dan tidak mungkin wujud di dunia realiti.

Well, that's me. Bila aku mula sudah tidak selesa, aku ingin jauhkan diri aku dari semua perkara. Terasa ingin terus tidur tanpa bangun, bermimpi kerna yakinnya mimpi itu indah. Lebih indah dari dunia yg kejam ini.

Mula lah hati ini merangka perkara-perkara yang tidak baik. Haih. Hati, sabar ya. Jgn fikir yang bukan-bukan. Tetapkan fikiran agar berfikiran positif.

Isnin, 4 Julai 2011

Currently







Mood: Study for quizzes.






Ahad, 3 Julai 2011

Minggu ke 7

Minggu ni merupakan minggu ke tujuh which mean semua orang akan sibuk dengan quiz dan test segala bagai-__-

Minggu ni aku ada 3 quiz perlu settle before balik rumah kat kelantan. Memang otak tepu sgt2 dah. Kalau nak study siang hari mmg x effective lngsung, x de kesan. SO, aku terpaksa la stay up sampai pagi sebelum subuh.

Kalo dulu Red Guara peneman setia aku, sekali minum. FUH! mata kau segar weh. Tak terasa pn nak tidur.

Tapi sekarang stok dah abis, Kak Ju Resident kt Kolej aku nih dah x jual benda tuh, mana aku nak dapat, gua tarak tau-__-

Oh ya, sekarang aku aktif balik bermain bola jaring, sukan kesukaan aku. Selain bola jaring, gua minat dengan larian. Lari hari2 pn aku sanggup. *Propa semata-mata.

Berbalik pada cerita bola jaring, kenapa aku main aku pn x tau. Mungkin sebab aku rindu zaman sekolah dulu. Aku aktif gila, rela x masuk kelas demi bola tau. Just kali ini hanya suka-suka jer la kot, x der la main macam dulu.

Selain bola jaring, hehe. nak habaq tau na, gua aktif menari balik. HAHA. Punya la excited. Aku pernah ada pengalaman di sekolah so aku nak cuba pengalaman di U, to be frank, aku rindu sebenarnya nak menari. Gedik sana, gedik sini, lenggok bontot and so on. :P

Harap-harap, aku dapatlah bahagikan masa. 2 sem yang lepas aku x aktif pape pn. Cuma sem 3 aku nak ada sedikit pengalaman sepanjang berada di U ni.

Jumaat, 1 Julai 2011

Berkorban

Berkorban. Cakap pasal berkorban. Ramai yang sanggup berkorban untuk orang yang tersayang. Tersayang? General ok, not specific.

But me? I'm not that kind of person. Boleh dikatakan aku hanya sanggup berkorban untuk kepentingan diri aku sendiri atau dengan kata lain. I'M SELFISH. get yourself that.

yeah. that's me. I know im not a good girl but i try to be the one and yes i need to put a lot of effort to change me, myself and i.

Dan tahu tak, something has happened dan aku terasa sangat marah, aku cuba kawal perasaan aku dan cuba memahami perasaan org lain. Guess what? i did it. i even cried. i dont know why, tapi aku rasa kesian yang teramat atas apa yang menimpa sekarang ni.

Aku cuba perlahan-perlahan untuk ubah diri aku. Aku cuba untuk menjadi baik walaupun bukan terbaik tapi aku still cuba. The past has taught me a lot. I promise i will never ever be that old farah. Selfish dan tidak pikir perasaan orang lain :)

Aku hanya terus mampu berdoa agar lebih lembut hati dan mempunyai perasaan kasihan. Dan aku tidak akan pentingkan diri sendiri lagi. Insyaalah, dengan izin Allah.

Selasa, 28 Jun 2011

Lama

Lama menghilang maka aku kembali untuk memenuhi ruang tulisan di mana aku meluah segala isi hati aku.

Hai, bukan menghilang tapi hanya sekadar merehatkan diri dari memerah otak untuk mencoret di sini, bukan apa, setiap patah yg aku tulis memerlukan sekurang-kurang 3 minit untuk diperah dan mengeluarkan idea-idea dan tatabahasa yang betul. *aku merapu-__-'

Move on, pertama, sebulan sudah aku kembali menjadi pelajar. Dan alhamdullilah, everything went well. Tiada kesulitan yang aku alami sepanjang sebulan ini. Cuma, mood nak belajar hilang entah kemana. Dan im a lil bit afraid if aku x leh capai apa yang ma inginkan.

Dan second, Setahun sudah aku bermaustatin menimba ilmu di negeri Terengganu ini. Sangat teruja, kerana time flies so fast. Pejam celik, dah semester 3 dah. Agak tough this semester tapi insyaallah, aku akan struggle tuk capai apa yang aku harapkan selama ni.

Dan, akhir sekali. Ingat lagi? cukup setahun aku akan lupa segala-galanya. Segala-galanya? My past. Yes, kenangan lama. Alhamdullilah, aku mampu melupakannya. Sperti yang aku katakan, masa menentukan segalanya. Sekarang terbukti, aku dapat melakukan dengan berkat doa yang aku pohon dari Allah Yang Maha Kuasa, aku berjaya buktikan. Aku bersyukur

Sekarang, YOU dont have to worry about me coz i know how to take care of myself. Don't even bother to know about my life. Just, stay away and don't ever show yourself in front of me. I feel like vomiting if I ever look at you. :)

Peeps, am so blessed ! :)
Syukur, Alhamdullilah

Jumaat, 24 Jun 2011

Kembali

Saya kembali, tapi tidak menjanjikan apa-apa post kerana saya sibuk. Sibuk mengejar ilmu yang makin menjauh dari saya. Maaf semua. If saya ada masa saya akan cuba cerita perihal kehidupan saya.

Rabu, 25 Mei 2011

Alhamdullilah

Aku bersyukur kepadaMu. Mungkin tidak setinggi orang lain. Mungkin tidak DL seperti orang lain, cuma sangat bersyukur kerana berbaloi dan setimpal apa yg aku lakukan.

Alhamdullilah, pointer aku naik daripada sem lepas. Sangat naik, membuatkan aku makin yakin semester 3 ni aku boleh dapat yg lebih baik.

Terima kasih kepada kawan-kawan dan terima kasih ibuku. Aku yakin tanpa berkat dan doa ibu, aku tidak mampu menaikkan pointer sebegini. dan YA semangat amat penting dan jangan sesekali hilangkan dalam diri ini.

Dan paling penting macam mana hubungan kau dengan ALLAH S.W.T

Jumaat, 20 Mei 2011

Bangga

Maaf ya, aku ingin perbetulkan sedikit berkenaan hidup aku. Bangga? Bangga tidak pernah wujud dalam hidup aku kerana bagi aku bangga itu hanya memusnahkan diri.

Segalanya kurniaan Allah S.W.T dan bila-bila masa DIA boleh tarik segala rezeki yang diturunkan kepada setiap umat. Aku selalu pegang ayat ini.

Kerana itu aku takut untuk berbangga dengan segala rezeki yang diturunkan oleh DIA bahkan aku bersyukur segala kurniaanNya.

Dan, sekali lagi aku suarakan. Bangga tidak pernah wujud dalam hidup aku.

p/s: im off to putrajaya tonite :)

Khamis, 19 Mei 2011

After all



Hey, sempat juga jumpa kamu semua. :)

Rabu, 18 Mei 2011

.

Hina orang sekalipun bukan boleh buat hati kita segar. Bahkan makin merana. Hey, lelaki dan perempuan hanyalah sama. Di ulang sekali lagi, lelaki dan perempuan SAMA.

Selalunya lelaki disalahkan jika hubungan terputus di tengah jalan? Cuba cermin diri kita dulu sebelum kita letak kesalahan di atas bahu orang lain.

Kadang-kadang kena observe dulu, apa salah silap kita dan barulah cari kesalahan orang lain. Hey, inilah manusia suka sangat melaku sesuatu benda dalam keadaan melulu. Tidak fikir baik atau buruk.

Cuba fikir balik, kalau tiada seorang pun melakukan kesilapan bagaimana kita ingin perbetulkan kesilapan yang telah kita lakukan.

Silap membantu kita menjadi yang terbaik. Kerana silap kita akan cuba memperbetulkan diri kita kearah kebaikan.

Dan kerana silap juga kita menjadi yang terbaik. Fullstop.

p/s: aku x tau apa aku coret.

Sabtu, 14 Mei 2011

adududu

Hehe, gwa malasin dong updatetan blognya. Gwa ngak tau kok bisa jadi gini. HEHE. Hey, dua tiga hari ini aku banyak tidur. Nak baca blog org lain, nak on9 pun malas. Malas sangat.

Nnti kita share gambar banyak2 tau :P

Jumaat, 6 Mei 2011

update

Assalamualaikum, hehe. Rindu nya saya kat blog nii. Mana tak nya. Tiada masa nak update tambah lappy x sihat. Sekarang dah kembali stabil, baru jer keluar wad hari ini. HEHE.

Hey, dah seminggu saya berada di rumah. Seminggu juga la hati saya riang kerana tak perlu mengadap buku. Penat mata saya tau. Saya x nak banyak cakap.

Cuma nak ckp, Ahad(1/05/2011) saya menyambut kelahiran ibuu saya. Supposed hari sabtu tu, tapi yelakan penat campur baru balik dari terengganu kerana ambil saya. Oh, lupa! Sem 2 dah tamat:')

Macam-macam kenangan, pahit, suka, duka akanku simpan rapi didalam hati. HEHE. Seperti yang saya cakap tadi, saya x mau ckp banyak. Ini sedikit gambar untuk dikongsi.

Happy birthday ma :)
Love

oh, this a birthday gift from dayah for me, thanks gurl for the bear. Appreciate it :)

haih




banyak benda nk cerita, tapi yelakan. tunggu lappy dah stabil baru aku boleh coret2 balik. aku rindu kau blog

Jumaat, 22 April 2011

Kurang selesa

Alhamdullilah, satu kertas dah lepas. Dan alhamdullilah aku dapat jawab dengan tenang dan yang paling penting aku tersenyum sambil jawab kertas Business. Apa yang aku jangka memang betul keluar dan x sia-sia usaha aku.

Next paper is CTU, ok yang ni lemah sikit. Sebab dia lebih kepada sejarah. Dan korang tau kan aku ni lemah sejarah since dulu lagi. Tapi x pe la demi nak A aku kena juga hilang bosan aku terhadap sejarah. Just wish me luck:)

Dan tinggal empat kertas lagi dan aku x sabar nak keluar dari kampus ni. I mean untuk sebulan. Aku nak tenangkan otak aku. Banyak sgt benda yang aku x expcet berlaku. And yes, ada sedikit perasaan sedih tapi still juga act like nothing happen. Kata kuat, so kena tunjuk kuat la kan.

Dan begitullah, perasaan x sabar melompat di dalam hati. HEHE. X sabar nak tunggu 30/4/2011.
Semester dua akan tamat, dan saya merasa sedikit sebak :')