Khamis, 24 Mac 2011

Great Moment




Hey, they are my friends. and yes. Without them, life would be meaningless :)


p/s: Hehe, perasan x, setiap gambar wajib ada saya :P

Selasa, 22 Mac 2011

Deactivated

Hehe, semua orang ada facebook kan? Tipulah tak der kan, even anak buah aku yang umur 6 taun pun kan ada. Inikan orang tua macam kita. Eh, tua kerr ?

Ok2, move on. Aku kan, ada facebook tapi disebabkan seorang makhluk namanya Nur Ashikin Nabilah Adris dia ajak lawan. Siapa x dapat tahan bukak facebook, kena bayar or bagi something yang valueable.

Dan bila fikir balik, ok gakkkkk. Yelakan, aku boleh mengadap buku jer. facebook aku tolak tepi. Hehe. So aku accepted offer dia. Kita tunggu siapa yang x dapat tahan sebab sangap nak bukak facebook. KAHKAH:D

Isnin, 21 Mac 2011

Tepu


Tolonglah, otak saya bagaikan nak pecah. Minggu ni busy sangat. Tak sempat nak buat apa-apa pun.-__-



p/s: Gambar, credit to Wannie

Sabtu, 19 Mac 2011

Lupa



Saat aku cuba untuk lupakan semua, aku nampak kewujudan kau. Aku ingin elakkan. Tapi sekali lagi kau munculkan diri kau

Aku cuba anggap kau orang halimunan, tp masih aku nampak kau. Kenapa? kenapa sukar untuk hilangkan sayang. Aku benci kau.



Jumaat, 18 Mac 2011

Dewasa

Dah lama teringin nak post pasal ini. Tapi masa tidak cukup dan aku ketandusan idea. Ok, Seperti yang kamu semua tahu, sabtu lepas iaitu 12 Mac 2011 merupakan hari kelahiran aku.

Bermakna, aku cukup 19. Am getting older. Apa yang aku fikir masa tu? Aku terfikir, aku ni dah matang ker? Cukup besar berdiri atas kaki sendiri?

Dan jawapan aku. TIDAK. Kerana ibu aku masih tanggung aku. DIa masih berhak ke atas aku. Dan bermakna aku still lagi budak kecik yang di belai oleh seorang yang bernama ibu.

Dan sempena hari jadi, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibuku, Muslimah Bt Muhamad. Terima kasih kerana sabar dengan kerenah farah. I know i'm not a good daughter. Sorry for everything. I LOVE YOU:')

And dear friends, thanks for the wish. And to Ekyn, Ain, Siti, Fatin, Tini, Fara, Asha and Sarah, Thanks for the cake.


I LOVE YOU MA



Lots of love, Farah

Rabu, 16 Mac 2011

The game

Sekali lagi, permainan berlangsung
selama mana permainan ini akan bertahan, Kita belum tahu.

Berakhir dengan pergaduhan
atau
berakhir dengan perkataan yang selalu perempuan ingin dengar "Happy Ending"

Tapi yang pasti, aku x akan kecundang
kerana hati ini terlalu keras
harap maklum.

Jumaat, 11 Mac 2011

Hatred





Aku benci ingat KAU
Aku benci ingat KITA yang dulu
Sumpah, kalau boleh aku nk hantuk kepala aku biar hilang ingatan, bukan sepenuhnya tapi hanya ingatan kisah KITA dulu





Short entry

Sunyi memang perkara biasa dalam kehidupan kau, dikala kau dengan teman-teman, kau masih akan terasa kesunyiaan.

Begitulah aku. Hidup aku sempurna tapi kenapa diri ini masih rasa sedikit kekurangan. Bagaikan ada sesuatu yang masih belum lengkap.

Aku menunggu, siapa yang bakal melengkapkan aku :)

Jumaat, 4 Mac 2011

Nak jadi budak balik

Hidup ini tak selalu indah, macam-macam benda kau kena lalui. Itulah orang panggil kehidupan. Kau tak boleh takut, kerana kau akan kecundang dalam permainan yang manusia cipta. Dalam kehidupan ini kau kena berani, berani bersuara, berani bertindak

Segala-galanya perlu keberanian. Even nak bercakap depan public pun kau kena berani apatah lagi nak hadapi dugaan di luar sana.

Tapi kan, sumpah aku x der keberanian, terlalu banyak masalah aku dengar dan lihat disekeliling aku. Sampaikan aku rasa, NAK JADI BUDAK BALIK. T__T

Manusia kan, x reti bersyukur. Dulu, time kecik nak jadi besar. Haa, da besar kau baru tau macam mana dunia luar. Tu baru sikit kau dah takut. Haa, mana berani kau pergi ? (T___T)

Wei, sumpah aku terfikir macam mana kehidupan aku masa depan nanti? siapa suami aku, agak-agak aku kawin dengan orang betul-betul boleh bimbing aku x? Agak-agak senang tak aku dapat kerja? Sumpah, itu semua dalam kepala aku.

Adoi, aku pun x tau kenapa aku leh fikir sampai situ, habis beljar pun belum tapi camtu lah, ko tengok pengalaman orang lain. Terkial-kial cari kerja. Menggangur. adoii (T__T)

Khamis, 24 Februari 2011

Hai semua

Hehe, sorry. lama betul x update. Bukan apa, minggu ini agak suntuk masa. Nak on9 pun susah. Kelas pun packed. Aku pun pelik, kenapa la terlalu busy.

Oh, terlupa aku ada test math this saturday. So, utuk pengetahuan semua. COP ! bukan nak bajet nak cakap aku aku study, tapi cuma nak cakap all the time aku duduk dengan buku maths dan mengadap nombor. HAHA

Tapi sumpah, kalau habis kelas atau malam, mesti aku buat soalan-soalan dalam buku. Bukan apa, sekarang Business Math dah tukar lecturer dan Puan memang gempak habis. Sebab ? Sekali dia ajar dah memang boleh faham. Alhamdullilah.

Tak de dah terkapai-kapai macam sem lepaskan. Bahagia betul sekarang. Quiz pun selalu dapat highest. *Konon. HEHE. Begitu lah busy aku. Tidur pun agak awal. Tepat 12 a.m. mesti dah panjat katil dan tidur. Badan penat kot satu hari ke hulu ke hilir.

Tapi apa-apa pun. Test nih aku mesti score :)

Sabtu, 19 Februari 2011

Lumrah

Ekyn dan aku pernah berbual satu perkara :


Ketika itu kami penat, tapi Siti minta tolong drive sebab dia nak beli barang kat Giant dan aku pun sanggup la memandangkan barang tu penting. Untuk persediaan Mock Meeting. Dan sambil tunggu Siti, kami duduk satu tempat bagi hilangkan rasa penat. Dan masa itu aku termenung, spontan aku tanya Ekyn.

Aku: Kenapa hah, lelaki senang cari cinta lain. Sedangkan dulu dia sayang kita separuh mati.

Ekyn: Huh? HAHA, asal doe tanya camtuh. Memang lah, sebab tuh Allah jadikan lelaki
dibenarkan kahwin EMPAT.Hati mereka begitu senang kan.

Aku: Haha, kenapa bodoh sangat tak boleh fikir macam tu.Kan best kalau hati aku pun
senang cari orang lain kan.

Ekyn: Setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya muni. Same cam aku dan kita sama jer kan.
Kekalkan macam ini, kita bahagiakan, buat masa sekarang kita x perlu mereka.
Sampai satu masa, akan ada orang berhak untuk memiliki hati kau.

Aku: *terkedu.

Dan, siti call tanya kitaorang kat mana.
***********************************************************************************

First, pesanan untuk semua orang. Sebanyak mana lelaki sayang kita, sekali mereka tinggalkan kita. Mereka mampu berdiri dengan tegaknya dan dengan senang hatinya, Hati mereka terisi dengan bunga lain. Dan hakikat itu kamu semua kena terima.

Dan, itulah lumrah yang aku ingin sampaikan. Hati mereka senang. Jangan terpedaya.



p/s: Alhamdullilah, hati aku makin okay disebabkan seseorang. Terima kasih.

hehe

Jumaat, 11 Februari 2011

kesabaran

Hari makin hari, hati aku makin tidak boleh sabar. Ya, aku perlukan kesabaran untuk lalui semua ini.

Manusia sini sana tidak berpuas hati dan fikir mereka lah terbaik, padahal semua sama. Yang tahu hanya ingin enjoy.

Tak pe, selagi aku boleh sabar aku sabar.

Isnin, 7 Februari 2011

Penyakit

Dua tiga menjak ini, aku ada penyakit. Aku tidak dapat tidur dengan lena. Yang pelik, aku penat gila. Tak rehat satu hari pun, tapi tetap tak dapat tidur.

Bukan apa, tidak baik untuk kesihatan aku. Tambahan pula, nanti tak dapat focus dalam kelas. Haih, kuciwa betul dengan diri sendiri.

Dah cuba macam-macam, tapiiii.......phm2 jerla. Btw, esok saya ada quiz Introduction to Business, ok, saya hanya berharap saya boleh jawab. Wish me luck :)

Sabtu, 5 Februari 2011

Kuat

Kadang-kadang tengok orang merana kerana cinta, rasa sedih pula. Yelakan, aku pernah merasa dan aku pasti semua orang pernah rasai semua perkara itu. Sampaikan seseorang boleh tiada perasaan kerana cinta.

Kesian kan? Tapi apakan daya. Kita, diri sendiri yang pilih jalan itu. Kita tahu jalan itu akan cucuk hati kita sampai menjadi pedih tapi masih juga teruskan di jalan itu.

Tapi, pedih buat kita belajar sesuatu. Kita belajar dari kesilapan. Dan dari situ, kita menjadi lebih baik dan terbaik.

Hanya satu kau perlu pegang dalam hidup kau " What doesn't kill you, make u stronger "

Semoga Berjaya :)

p/s: Masih banyak kita perlu kejar dalam hidup, lupakan seketika soal ini :)

Jumaat, 4 Februari 2011

Hak

"Aku tiada hak untuk cemburu, aku sedar siapa aku "

Cepat2 Update

HAPPY CHINESE NEW YEAR :)


Besok da balik terengganu, akan rasa balik gempa bumi. Memang x dpt tidur la kan. Memandangkan tiket bas habis, saya akan balik dengan cousin saya. Naseb baek tempat dia belajar dekat jer dengan tempat saya, so tumpang la kereta dia.

Ok, bye. Nak settlekan semua kerja yang terbengkalai.


XOXO, Farah

p/s:mata saya baru sembuh, nampakkan wrinkle teruk gila, gara-gara bengkak.-__-"

Rabu, 2 Februari 2011

Tagged

i've been tagged by cik wawa abdullah. Thanks for the tag ok :)


Lets go

"Once u have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random random, things, fact, habits or goal about you at the end, choose people to be tagged you have to tag the person who tagged. if i tag you, its because i want to know more about you, your cooperation is highly appreciated."

  1. Nama penuh Murni Farhanim Bt Yusuf, but family pnggil Farah. jgn tnya kenapa. diri sendiri x tau.
  2. saya 19. masih muda dan kuat :)
  3. sedang menuntut di UiTM Kuala Terengganu Chendering
  4. Merupakan anak ke tujuh dari tujuh adik beradik
  5. wakil sekolah bola jaring. amat meminati bola jaring,since sekolah rendah lagi wakil sekolah.
  6. Mempunyai rambut yang teramat panjanggggggg dan perang. terasa ingin potong tp sayang la
  7. sangat addicted dengan chocolate cadbury plus byk sgt kenangan dengan coklat tuh :')
  8. single but my heart is not available :)
  9. i really love someone and really hope that he will come back:')
  10. terlalu ingin kurus sampaikan snggup x mkn nasi:D
  11. x boleh hidup tanpa lappy
  12. sangat2 meminati warna kuning sebab ia menyerlahhh !
  13. sukakan pantai. pantai merupakan tempat aku melepaskan perasaan
  14. Suka menghabiskan duit dengan beli barang hiasan
  15. teramattt SUKAAAA KAN SHAWLLLL :D
  16. Suka gelak kuat dan x kesa apa orang nak kata
  17. agak beperangai macam lelaki tp hati still perempuan ok:)
  18. tidak berpendirian tetap
  19. sangat degil dan keras kepala
  20. amat sayang akan kawan-kawan aku
  21. terlalu inginkan teddy bear* sejak umur meningkat tiba-tiba gedik nak teddy bear..haihh
  22. suka lepak
  23. amat suka tidurrr kadang-kadang sampai kan x pergi kelas gara-gara overslept
  24. Benci dengan perangai sendiri
  25. Teringin sangat berubah menjadi yang lebih baik. buang segala perangai negative tp still mampu :(
DONE :)


saya tag:

ct niesa
gieyha nordine
kak tnoe
asmaq bukhari
ina hishamuddin
farah wayz
ekyn adr
fatin yana
april ismail
Mirul azimi

.

Bila ingat balik, seksanya dulu. Tp bila fikir balik teringin nak kembali masa dulu. Ya, jangan kau pandang belakang. Tp yang belakang itu selalu menghantui aku.

Betapa ingin rasa kembali masa dulu. Tapi itu sudah mestilah mustahil. Yang kita mampu lakukan hanyalah mengenangkannya.

Tapi orang pula mengatakan kenang benda lama tidak elok, nnti makan diri. Jadi, bagaimana ? bagitau aku agar aku mampu lupa semuanya :)

Ahad, 30 Januari 2011

Senyum

Ok, sekarang aku berada di Kelantan. Ya Allah, bahagia betul dduk kat rumah sendiri, yelakan dapat tidur dengan nyenyak sekali. Tidak perlu goyang sana goyang sini, da macam gempa bumi.

Seminggu cuti, banyak kerja ok. Ingat aku dapat goyang kaki ? tidak la kannnn. Kerja typing yang sir Amir bagi berlambak-lambak. Dah la agak pening nak buat pastu abis cuti terus graded test, memang best la kan? kena practice banyak2 dan kena ingat format itu dan ini. X pe, demi nak A:P

Assignment CTU ? ok yang itu aku anggap kacang sebab tajuk agak senang, plus lebih kurang sama dengan tajuk yang aku dapat sem lepas so, edit la siket siket.

Haaaaaaa. yang paling aku risauuuuu, MOCK MEETING ataupun mesyuarat olok-olok. Di mana aku dengan group member yang lain kena berlakon. Ala, yang macam dalam drama tuhhh..haaa, lebih kurang cam tulahh.

Aku dan yang lain kena create skrip dan segala bagai lagi. Dan sedikit cuak sebab tak tau nak mula cimana. Tapi, apa-apa pun we'll we do the best laaaa.

Dan, quiz maths, quiz office, dan quiz business, semuanya after cuti ini. Best x? Biasalahh, kehidupan seorang pelajar.

Rabu, 26 Januari 2011

.

batuk teruk, selsema teruk, sakit perut, sakit tekak, dan loya. Ape lagi aku perlu minta ? Sempurna bukan, minggu yang paling teruk aku harus lalui.

Yang tidak dapat tahan, kepala ni asyik berfikir benda yang aku rasa tidak begitu penting tapi selalu bermain fikiran, sehinggakan kepala ini berpusing-pusing.

Sampai kan aku tidak hadir koko ataupun Jpam. Nasib baik, aku dapat MC. So x perlu lah repeat. Dan bagi aku, yang paling teruk terpaksa deal dengan orang yang kurang matang, small matter boleh jadi besar.

Tidak perlu lah aku cerita, tapi apa yang aku rasa sekarang teramat sedih sehinggakan menitis air mata. it just a small matter yang aku fikir boleh selesai dengan cara baik, x perlu nak kecoh dan marah2 depan orang ramai

Macam ini la, sekali kau malukan aku, begitulah aku balas. Ingat, aku x perlu nak tegur orang yang agak kurang ajar.

Isnin, 24 Januari 2011

Mulut

Mulut ini berbisa, sekali meletup habis seluruh badan kau hancur. Ala, pernah dengar terlajak pahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Haaaa, lebih kurang macam tuh la, pandai-pandai la describe.

Nak hidupkan, kena pandai adaptasi. Tidak salah kalau kita terlepas cakap benda yang benar. Tapi, sekali terlepas benda yang salah or statement yang salah, ada terfikir perasaan sebelah pihak?

Aku ada cerita seorang kawan aku, kami rapat. Mulut dia? ok x perlu kasi tau. Korang boleh agak. Memandangkan kami rapat, setiap patah perkataan dia keluarkan, aku terima dan telan. Sebab aku fikir dia memang macam tu.

Ada satu masa dia cakap something yang aku x boleh nak terima. Then, aku decide x nak mintak tolong apa-apa. Bukan bajet terasa, aku bukan jenis yang terasa. Tapi statement yang dia keluarkan agak menyakitkan hati.

ok cukup.

Jumaat, 21 Januari 2011

Dua

Align CenterKawan penting diri sendiri atau kawan yang fikirkan kawannya?

Korang pilih yang mana satu korang nak

Nak jadi
Yang pertama atau Yang kedua

dan dalam hati korang state reason kenapa korang perlu macam tuh:)

Isnin, 17 Januari 2011

:')

Maaf, ini luahan hati aku.

Demi Tuhan, tidak pernah ada sekelumit dendam pun terhadap kau. Kau tahukan, manusia ini tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan dan itulah aku.

Aku terus-terusan menyakiti hati kau tanpa aku sedar sampai satu saat ia akan menyeksakan aku, dan saat itu telah terbukti bahawa aku terseksa dengan keputusan kau.

Demi tuhan, aku redha. Redha dengan apa yang berlaku. Sebab aku tahu ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Setiap cinta yang kau hulurkan, aku ucapkan terima kasih dan setiap luka yang aku toreskan dihati kau, izin maafkan aku.

Dan setiap hinaan yang kau lempar kan terhadap muka ini, sudah lama aku kuburkan kata-kata itu jauh di dalam hati ini. Cukuplah, aku tidak mahu menambah kesedihan aku dengan kata-kata itu. Terlalu pedih.

Moga kita sama-sama menjadi insan yang berguna dan tidak lalai terhadap Pencipta :)
DIA yang menjadi kan kita sepertimana sekarang :)

Kepada orang yang pernah memiliki hati ini, Aku cinta engkau. sepenuh hati.

Sabtu, 15 Januari 2011

Love

i'm not good enough to talk about love, but i just wanted you to know, I used to love someone like no one else.

He's my spirit, my life and yes, he is everything to me. But then I realized, it is not under my control. Allah decides it all, we have been separated for 7 months.

I still love him until now. I cannot lie to what I feel. This is all about how i feel towards him. and I know there's no point waiting for him, because we both know, impossible for us to start it over again

to those who have been hurt, just continue with your life. Think that everything happen for a reason. Maybe there's someone better than him/her.

Jumaat, 14 Januari 2011

Awak-awak semua

Begitu lama tidak becerita tentang diri ini, hehe. Urmm, hidup agak stabil walaupun sedikit kalut sejak semester dua bermula.

Tapi, still lagi ada masa nk on9. Biasalah, awal-awal sem x der benda nak dirisaukan, masing-masing muka tenang. Tak tension. Haaaaa, tunggulah nk dekat-dekat final, muka bagaikan x berak seminggu.

Assignment berlambak perlu disiapkan, yerla, buat kerja last minute memang tension lah. Tapi, sem lepas di jadikan pengajaran. Tak nak da buat last minute. Miss pun da kasi 2 3 assignment yang perlu disiapkan after cuti raya cina nih.

Insyaallah, x da dah tension cam tahun lepas. Setiap kerja yang dilaku perlu dirancang dengan teliti agar otak pun rasa tenang :P

Selasa, 11 Januari 2011

Bangga

Bangga dengan diri sendiri ? Pernah dengar kan, orang selalu cakap. Kita patut berbangga dengan diri sendiri. Tak MOLEK ada perasaan rendah diri dalam diri kita, nanti x menonjol.

Tapi kan, manusia ni kadang-kadang terlebih bangga pun ada. Dan kesan daripada itu, timbul lah perangai berlagaknya yang begitu annoying. Jalan memang x pandang kanan kiri.

Sumpah aku cakap, menyampah gila babang tengok orang macam ni. Tak der, aku bukan nak jealous. Oh tidakkkkkkk, itu bukan aku. aku bersyukur dengan keadaan aku sekarang. x pandai dan x bodoh :)

Tapi, tah laaaa, patut ker berperangai macam itu. Bukan ker kita hidup satu bumbung patut tolong menolong satu sama lain. Bukannya menghina satu sama lain.

Antara manusia tiada darjat perlu dipertikaikan, kerana kita hanya lah MANUSIA ! makhluk ALLAH yang dicipta dari TANAH ! KITA adalah SAMA !

So, jangan lah nak berlagak. Be natural as u can. Tolong orang yang tidak seberapa pandai. jangan nak menghina pulak :)

Ahad, 9 Januari 2011

STYLE YOUR HIJAB

Heeeeee:D..i've been tagged by Kharinna Jamil, memandanglan dia comel, saya x nak kecewakan dia. so saya buat untuk dia :)


Syarat penting nak join !!

1) gambar pakai tudung or hijab or shawl ( purdah digalakkan ) TUDUNG BAWAL PON BOLEY

2) make sure tutup aurat ! ( pakai tudung ikot cara islam yer ! )

3) tutup aurat means takde nampak ram
but , takde nampak
lengan , takder sendat2 sangat yer !

4) kalau ade gambar yang tak tepati syariat , tukang-buat-contest tak reject awal awal , tapi beliau nasihat dulu.. ( kalau ade jugak markah kureng sket la yer ? )

selepas dua syarat di atas dipenuhi , buat ini :

1) satu entry bertajuk SAYA SUKE BERHIJAB or STYLE UR HIJAB , masukkan gambar di atas dalam entry anda , pastu linkkan gambar itu ke post ini yer .. letak sekali syarat-syarat contest ni yer

2) letak banner ( gambar ) yang kat atas tu di sidebar blog anda
( nak resize banner pon boleh )

3) yang paling penting , letak gambar korang tu kat
dalam entri korang

4) sila tag kawan-kawan korang , 3 orang pon jadila ( make sure kawan korang tahu )

5) dah siap tu submit la post korang kat COMMENT box tukang-buat-contest okei :)

6) tarikh tutup pertandingan adalah 11 JANUARY 2011
7) ouh , kalau gambar berdua , bertiga , bersepuluh pon takpe asalkan gambar korang kene ade !

Ini saya punya :D


Saya Tag:

Nadyaya
Asmaq Bukhari
Ashikin Nabilah Adris

Ahad, 2 Januari 2011

Esok

Esok?Dimana aku akan memulakan kehidupan seharian aku sebagai seorang pelajar. Wah ! "indah" sungguh perasaan apabila Cuti Semester sudah tamat, bermakna aktiviti harian pun terbatas.

Aktiviti harian kita akan terisi dengan menyiap assignment, tutorial , study untuk quiz dan test dan segala bagai. Menarik kan ? kan ?, cakap yer! sebab ni memang kerja seharian kita sebagai pelajar. Biarpun aku agak x redha(T__T)

WAh ! x sabar rasanya ketemu dengan lecturer hehe, Yang paling aku x sabar, nak belajar kira-kira balik. "Fav" subjek kotttt. Dimana mata aku akan kembali juling gara-gara tengok nombor banyak sangat.adeyh-__-"

Ok, yang ini paling ikhlas. hehe, aku x sabar gila nak jumpa kawan-kawan aku. Selama cuti sem 2 bulan, x der peluang nak jumpa, contact pun jarang. Yes !, esok kita ketemu yaa donggg... kangen bangattt.

Dan, esok aku terpaksa makan makanan luar. Dan confirm, aku akan kembali kurus. Aku nak orang panggil aku KEDING ! Yeah, cukup-cukup. nanti banyak plak aku merapu.

Begitu lah esok, semuanya akan menjadi seperti sedia kala, kehidupan seorang pelajar memang agak menyeksakan tapi dalam masa yang sama, ia begitu indah untuk dikenang semula. Percayalah, kita akan tersenyum apabila teringat kerenah teman-teman kita.

Khamis, 30 Disember 2010

Selasa, 28 Disember 2010

2011

Tahun yang dinanti-nantikan bakal menjelma dalam masa 3 hari. Jom, kita listkan azam untuk tahun yang baru. Terlalu banyak azam aku tapi hanya satu aku akan tuliskan :)

Melupakan kisah lama,
dan mula mencoret kisah baru di dalam buku baru

Insyaallah, dengan sedikit kekuatan ini mampu untuk mencoret cerita baru dalam hidup aku. Aku ingin yang indah, yang mampu membuat aku selalu tersenyum. Bukan senyuman palsu, tapi senyuman yang paling ikhlas.

Moga aku menjadi umat yang tidak lalai terhadap maha Pencipta. Amin :)


Kepada teman-temanku
maafkan aku jika ada salah silap selama aku mengenali kalian
sesungguhnya aku tidak la perfect sgt
setiap org ada kelemahan
dan terima lah kelemahan aku selama bersahabat dengan korang :)

Rabu, 22 Disember 2010

heyy

I'm a good pretender
i need to be like that
coz that's the only way for me to feel how wonderful this life

Ahad, 19 Disember 2010

you jump i jump !

ok...title tuh saje bikin gempak. Boring seyh. korang tau ape ! Da la hati aku x berapa nk tenang dua tiga hari ini. Hairan, yelakan nk kata x solat, solat jer. Kadang-kadang jer isyak terbabas.

Ni pun baru balik dari Kubang Kerian. Since Anis da nak pegi malam nih, jumpa la dia sekejap. Sambil-sambil tuh dapat jumpa kawan lamaaaaa Lama, teramat lawa. Since aku pindah Putrajaya, memang x pernah jumpa diaorang. Then hari ini dapat peluang. Hajar, Shahida and Farah Wayz. Well, boleh dikatakan laen la diaorang sekarang. Makin hot and LAWA ! Serious, siket pun tak tipu. Jeles :(, aku still jugak macam ni. Tak berubah pun. hahahahah.

Then we captured some pictures tapi sekarang gambar kat shahida, nnti kita upload auw :P. *sambil gedik. Banyak juga la kitaorang sembang espeacially about LOVE.

Oh ya, tadi kan aku cakap hati aku x tenang berdebar jer. Even Gieyha pun dapat rasa hati aku bedebar. Laju gila weh ! Sampai x tertanggung hati nih. Ya Allah, jika sesuatu akan terjadi, jadikan lah kepada benda yang baek tapi jika ia sebaliknya, aku redha.

2 minggu lagi aku duduk rumah. 1/2/2011, daftar balik kat Uitm, untuk Semester 2. OMG ! da semester 2 da aku nih. Tapi still rasa macam, x dapat nak describe macam mana. Kepada kawan-kawan yang bakal memulakan hidup yang baru, Gud Luck to all of you.

Dan kepada aku. Ehem-ehem, aku pun nak jugak ok ! Good Luck dan Harap aku dapat lupakan kisah lama yang pernah bersemi selama 2 tahun di hati ini.

Amin

Jumaat, 17 Disember 2010

Cinta

Aku tidak mencari cinta
itu bukan aku

Aku biarkan ia hadir dengan sendiri
dari hati yg tulus ihklas kepada sesiapa yang mampu membuka pintu hati ini

Allah menutup dengan perlahan-perlahan hati ini
dan moga-moga ia terbuka sampai satu saat nanti

Amin

Khamis, 16 Disember 2010

Semester 1

Disini aku ingin menceritakan suka duka aku sebagai pelajar UiTM Chendering, Kuala Terengganu. Memandangkan ini merupakan pengalaman aku sebagai pelajar IPTA, aku ingin menceritakan dengan lebih detail. hehe, bagaimana aku aku boleh kenal "mereka"

Yang menarik, aku berpeluang kenal mereka yang satu kepala dengan aku. Aku masih ingat, bulan Januari. 26/6/2010, pada pukul 7 pagi aku bertolak dari rumah menuju ke Kampus UiTM untuk daftarkan diri sebagai pelajar UiTM. Pagi tuh hati aku rasa sebak, sedih. Aku pelik kenapa harus aku sedih. Tepat pkul 11 aku daftarkan diri aku salah satu bilik yang disediakan. Aku diberikan kunci bilik dan diarahkan memilih baju batik yang disediakan.

Selesai pendaftaran, aku dibenarkan meluangkan masa bersama family sampai pkul 4. Fine, then aku ambil barang dan terus "mendaki' tangga ke tingkat 3, sumpah mak aku penat gila, kesian dia. Aku masuk bilik, dan sudah ada sorang yang bakal menjadi room mate aku. The i introduced myself as Murni :). Rupa-rupanya waris jauh mak aku. Alahai, kecikknya dunia.

Selesai kemas barang, my family ajak pegi lunch. Selesai lunch, abg aku hantar aku balik hostel then salam2 bagai, ok aku mengaku aku menangis :'). Pkul 4 bakal lah bermula hari-hari yang penat terpaksa aku lalui. Selama satu minggu aku tak cukup tdur. Mata aku teruk gila. Alhamdullilah, aku tidak ada apa kesulitan sepanjang satu minggu tuh

5/7/2010, merupakan hari pertama kuliah bermula. Aku bangun dengan tenang dan memulakan hari aku sebagai Pelajar UiTM. Orang pertama yang menjadi teman aku adalah Fatin Farhana. merupakan salah satu daripada mereka. seriously im glad to know her. She's different with the others. She knows how to tc of herself. Tak perlu nk mengharapkan orang lain. Hari-hari aku abiskan masa denganya.

Then 2 3 bulan lepas tuh i start to know "Them". April aka Siti, Ekyn, Ain, Fara and Asha. Semakin hari semakin bermakna. Dah la satu kepala, lagi la best. They came into my life and bring the happiness that i've never expected. Seriously, i feel so happy when they are around.

Day by Day, Kami lalui sama-sama. Ke kelas sama-sama, belaja pun sama-sama, dannnnnn gossip pun sama-sama, benda wajib..huhu.

i hope this friendship will remain :)

Them







Acctually theres a lot of picture i wanna upload, tapi gambar byk kat Sitiiiii. next time i will upload k :)

Selasa, 14 Disember 2010

EGO

Bila baca tajuk pun kamu semua pasti tahu apa yang aku ingin bicarakan. Ego? haih. Siapa tidak punya ego. Lelaki dan Perempuan sama sahaja iaitu mempunyai ego, yang bezanya hanya satu setinggi mana ego seseorang.

Aku tidaklah sehebat mana untuk berbicara soal ini, tapi aku hanya ingin menyatakan, aku perempuan Ego. Bukan aku meninggi diri. oh tidak. tidak sama sekali. aku masih sedar, setinggi mana ego aku tidak dapat mengalahkan ego seorang yang bernama lelaki.

Aku hanya ingin berkata ego ada baiknya dan ada buruk. Suatu ketika dulu, pernah satu soalan bermain difikiran aku " Kenapa ego harus wujud dalam diri seseorang ?". Aku tidak berapa pasti kenapa.

Tapi aku hanya mampu berkata jika ego tiada hancurlah diri ini. Sesungguhnya Allah sudah buat yang terbaik untuk umat-umatnya.

Isnin, 13 Disember 2010

good times :)

Semalam aku dapat jumpa dengam semua kawan-kawan aku masa Sekolah Menengah Kubang Kerian (1). Aku nak cerita macam mana aku boleh rapat dengan diaorang.

Dulu masa form 1, aku x ramai kawan. Sumpah aku cakap, dalam kelas aku semua x suka aku. Aku pelik, apa silap aku. Sedih kot, tp nasib baik time tuh prangai aku macam budak so x der ar terasa sangat, hidup dengan dunia aku sendiri. Time tuh jugak aku x kenal pun siapa diaorang.(kawan-kawan)

Form 2, aku start kenal salah satu daripada diaorang. Best, sebab satu kepala. hidup pun bermakna dan gembira. Pergi sekolah pun dengan tersenyum. hehe.

Form 3, aku start kenal dengan diaorang semua. Ya Allah, kitaorang punya geng memang kecoh gila. Yelakan, satu kepala. Memang bsing habis, dalam kelas, masa perhimpunan, masa rehat memang kitaorang akan bising :). aku rindu moment dlu.

Form 4, kami semua agak renggang disebabkan? let it be secret. tapi kitaorang masih lagi berjalan sama-sama, makan sama-sama, belaja sama-sama. Malang tak berbau, pertengahan tahun, aku terpaksa pindah sekolah kat putrajaya. Ya Allah, sedih bukan kepalang. Tapi nk buat macam mana demi kebaikan aku.

Alhamdullilah, masa aku kat sana aku still contact dengan diaorang even aku ada kawan-kawan baru. Kitaorang akan gather if semua ada dan aku akan balik if ad cuti panjang. Syukur kitaorang masih berkawan even masing-masing da belaja jauh-jauh dan berlainan U. So let me upload pictures of them :)

DIAORANG :)

Mcya

Najihah *click if u wanna read her blog

Anis and Farihah

Rubi

Najihah, Timoh and Aina


But still x complete, Hidayah, Zati and Mila are missing in action :)

Jumaat, 10 Disember 2010

Putrajaya

since im so so bored tonight
i want to upload some pictures when i was in Putrajaya :)
they are all my frens
at last i've got a chance to meet them
oh damn..really miss them so badly
teringat zaman sekolah dulu:')

but still x dpt jpe semua

everyone seems so busy
yang dpt lepak same2, asmaq, nadyaya, fatin, muqsid, khalil, ila and geng2 medan. tu pun x complete :(

Nad and Fatin

Them:)

Fatin and Me

Khalil and Me


them

Nad Dodol and Me :)

Ila and Asmaq

Again

Asmaq:)

Ketot, ipin and Kimi











bbq.. not so fun since everyone are not around

im smiling

alhamdullilah
lega yang teramat..terasa lepas satu beban
dengan mengetahuinya sudah mampu untuk aku terus melangkah
melangkah tanpa berpaling
meninggalkan semua yang perit di belakang

semakin masa berlalu semakin aku sedar
cinta sejati sukar di cari
cinta sejati hanyalah pada Allah

Ya Allah
aku terima dugaan ini..terima seada-adanya
tapi aku mohon
tikam la hati ini agar ia berhenti dari terus bergetar

Amin


Rabu, 8 Disember 2010

bangun

kalo kita terjatuh mesti kita bangun dengan sendiri
tapi kalo kita ditolak jatuh oleh orang..apa yang kita patut buat ?

kita still juga kena bangun dengan sendiri
sesakit mana pun kita harus mengagahkan untuk berdiri tegak

kita perempuan..janganlah lemah sangat
dunia sekarang berbeda berbanding dulu

janganlah biarkan lelaki menindas perempuan dengan sewenang-wenangnya
tunjukkan betapa tingginya martabat perempuan
:)

Selasa, 7 Disember 2010

love this





am in love with this gadget
its really driving me mad
i love their color
i know it cant compare with iphone or blackberry but i juz want this
saba farah saba
next year..here we come
ur gonna be mine :P

Ahad, 5 Disember 2010

Brother

aku bangun lambat..biasanya lepas solat subuh da x tido. tp skng. phm2 jela..ek ?;D,
then on tv..naaahh, nothing special..then tgk my mom tido lam blik aku..ok..aku mengaku la..aku selalu tido dengan mak aku..hak3..nk wat cmner da terbiasa since dari ayah aku meninggal :D

around 11 my brother ajak pegi TM..i was like ..mimpi ker dia ?da lame kitaorg x kuar sama-sama..i dun know why..but since aku abis spm, balik Kelantan..he doesnt bother to go out with me..nak mintak tlg hantar mana-mana pun susah. at first tu mcm mls nk pegi kan..then my mom suruh pegi..k la, ikut kata ibu.

da siap sumer, apih comment my sandals, he said like mcm orang 'Dabong'..i was like..heyy..suka hati aku la !..then dia paksa aku tukar wedges..haihh..ikut jerla..busy body..tp mmg kelaka if im wearing sandals sbb x sesuai dengan baju aku..huhu..ok enuf psl sandals..then apih pegi ambil kawan dia pijoe, dia join sekali .

jalan memang x yah ckp la kan..jam teruk..sampai kt TM dia suh aku trun..heyy..sape punya kjee nihhh..then dia suh aku trun dengan pijoe pegi TM tnya psl offer laptop free..fine la..mengalah,berpayung dengan kawan dia then pkai wedges yg 4 inch tuh..mmg best la kan..haihh..da la park keta jauh gila..thank god offer da abis, so leh cepat naek keta and dduk !

then gerak kbmall..dia paksa aku belanja mcd..but nasib baek x der tempat..so kitaorg pegi kfc..fine la..belanja la..da lame x kuar dgn dia kan..so excited lebey :D..after ate..apih nk tgk kereta control..aduh..heelllo abg..u da 20 years old..nk maen benda tuh lagi ka ?adeyhh..x fhm tul-__-'..after that balik umah...hahh..lega..kaki sakit sbb pkai wedges 4 inch dan sumpah x nk pkai time hujan2 cam tadi..rimasssssss

aku mengaku a lill bit happy sebab kitaorg da ok like dlu2..kitaorg rapat blk..and i do love him even kitaorg selalu gado2 dlu..dia penah hantuk kepala aku..haih..after tuh kitaorg x ckpsebulan..mmg sedey gila..hope kitaorang akan terus ok and da x der gado2.


result -__-'





haihhhh